✔ Makanan Yang Tidak Baik Untuk Kucing

✔ Makanan Yang Tidak Baik Untuk Kucing

MAKANAN YANG TIDAK BAIK UNTUK KUCING
.
Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.
Makanan Yang Tidak Baik Untuk Kucing
.
1) SUSU
.
makanan yang tidak baik untuk kucing
.
Susu bayi bukan la makanan semulajadi pada kucing.
Susu lembu hanya sesuai untuk haiwan itu dan juga manusia.
Susu lembu mengandungi bahan laktosa yang tidak dapat dihadam oleh kucing. Ini menyebabkan kucing akan sakit perut, diarrhoea dan rasa tidak selesa.
Banyak kucing yang begitu gemar pada susu lembu.
Semakin tinggi  kandungan lemak pada susu, semakin kurang laktosa.
Oleh sebab tu ada kucing yang minum susu tidak mendatangkan sakit kerana kurang laktosa.
Oleh itu jika masih nak beri susu pada kucing, pilihlah susu yang tidak mengandungi laktosa (lactose-free milk) atau anda berikan susu kambing.  Susu kambing juga mengandungi laktosa tapi pada kadar yang rendah.
Kucing yang mempunyai diet seimbang dan air yang mencukupi tidak perlu diberikan susu dan pilihan yang terbaik ialah jangan jadikan habit memberi susu kepada mereka.
 .
2) COKLAT 
.
makanan yang tidak baik untuk kucing
.
Mengandungi theobromine yang amat toksik pada kucing.
Theobromine adalah perangsang cardiac (buat jantung berdegup kencang dan tidak stabil) dan diuretik (kerap kencing).
Bila kandangan ini berada dalam darah, ia menyebabkan hyperactivity dan dahaga.
Selepas beberapa jam, kucing akan muntah dan cirit-birit.
Serangan ini boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup dalam masa 24 jam selepas memakan coklat atau koko.
Serbuk koko dan coklat masakan sebenarnya mempunyai dos theobromine yang lebih tinggi kerana ianya adalah bahan pati (concentrates).
Begitu juga dengan coklat yang rasanya pahit manis dan berwarna gelap. Susu coklat walaupun kurang bahaya, ianya masih tidak selamat untuk diberikan kepada kucing anda.
Jangan sekali2 berkongsi kek coklat atau biskut dan roti coklat anda.
Tidak ada sebab mengapa kita harus berikan benda2 ini kepada kucing kerana mereka memang tidak memerlukannya!
Menurut Sarah Hartwell, beliau pernah melihat kucing mengalami kesan neurologikal selepas hanya memakan secebis biskut coklat.  Kucing tersebut berjalan secara mengundur. Mujurlah kesan tersebut berlaku hanya sementara.
.
3) HATI
.
.
Pemberian organ dalaman – hati – dengan jumlah yang banyak boleh menyebabkan keracunan Vitamin A pada otot dan tulang.
Boleh mengakibatkan tumbesaran tulang yang tidak normal terutama pada tulang belakang dan leher kucing.

.

4) IKAN MENTAH

.

makanan yang tidak baik untuk kucing

.

Pemberian yang kerap membawa kepada kekurangan thiamine (Vitamin B1) kerana enzim thiaminase yang terdapat dalam ikan.
Kesan2 yang berlaku ialah kurang selera makan, sawan dan kematian.

Ikan yang dimasak boleh memusnahkan enzim tersebut.

Ikan salmon mentah di sebahagian Amerika utara boleh membawa penyakit keracunan seperti fluke dan Neorickettsia helminthoeca – yang mengakibatkan mual, demam panas, muntah dan diarrhea berdarah.  Setengah2 ikan tercemar dengan PCBs atau merkuri – yg tak boleh dibuang dengan cara memasaknya.
Keracunan merkuri pada kucing telahpun dilaporkan di Jepun dimana ikan merupakan makanan utama dalam diet mereka.
Sesetengah kucing liar hidup di kawasan menangkap ikan dan pasar dengan makan ikan mentah. Mereka akan selamat selagi mereka tidak makan ikan yg tercemar.
Ikan tuna jika diberi berlebihan membawa kepada penyakit radang Steatitis (Yellow Fat Disease, pansteatitis).
Tuna begitu diminati oleh kucing tapi ia seharusnya dihadkan sebagai treats (snek ringan) sahaja.
Kucing yang dapat sakit ini mempunyai kulit bersisik, bulu yang kusam dan berminyak.
Mereka menunjukkan tanda2 kesakitan bila disentuh dan enggan bergerak.
.
5) UBI KENTANG DAN TOMATO
.
makanan yang tidak baik untuk kucing
.
Tomato dan ubi kentang mengandungi racun alkaloid yang pahit dipanggil glycoalkaloid solanine yang menunjukkan simptom kecederaan dalam usus. Secara umumnya kucing tidak tertarik pada buah-buahan ini.
Tapi tomato yang diproses dan dimasak seperti dalam ikan sardine sudah tentu menarik perhatian kucing.
Ianya selamat untuk dimakan kerana toksin yang ada pada tomato telah terhapus apabila dimasak.
Begitu juga dengan ubi kentang.
Ubi kentang lenyek selamat dimakan apabila dicampurkan dengan makanan dalam tin yang digunakan khas untuk kucing overweight.
.
BERSAMBUNG…..

Leave a Reply