KUCING ANGGORA
.
Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.
.
Ramai yang suka kucing anggora kerana bulunya yang putih seperti salji.
Ia adalah salah satu baka kucing yang paling digemari untuk dipelihara.
Bukan hanya bulunya yang menarik, namun tingkah lakunya yang aktif juga banyak membuat ramai orang menjadikannya sebagai kucing peliharaan untuk teman bermain di rumah.
Baka ini berasal dari Turki yang merupakan daerah Angora (sekarang Ankara) di Turki.
Ramai orang tidak mengetahui ciri-ciri kucing angora asli, sukar untuk membezakan kucing persia dengan baka ini.
.
CIRI-CIRI KUCING ANGGORA ASLI
Terdapat beberapa ciri-ciri untuk menentukan baka ini.
1. KEPALA
Kepala Yang Bewarna Putih
Pertama, dilihat dari bentuk kepala kucing ini terlihat seperti kucing tempatan, bentuknya seperti segitiga terbalik dengan bahagian atas kepalanya yang lebih lebar serta semakin muncung ke bahagian dagu.
Pada bulu kucing Angora di bahagian kepala juga tidak terlalu panjang, berbeza dengan kucing Persia.
2. TELINGA
Bentuk Telinga Yang Runcing.
Baka kucing ini berbeza dengan kucing persia kerana memiliki telinga yang lebar di bahagian bawah serta besar dan muncung di hujung telinga
Untuk jarak telinga kucing ini, ia saling berdekatan, dan untuk bentuk telinganya terlihat seperti kucing tempatan (domestik/kampung)
Telinga kucing ini tidak mempunyai bulu yang lebat atau bulu yang panjang.
3. MATA
Anak Anggora Bermata Biru CantiK
Mata baka anggora juga agak unik, matanya sedikit condong
ke atas serta berbentuk seperti buah almond.
Warna mata kucing yang biasanya kuning atau biru.
Ia bermata biru kebiasaanya cacat pendengaran (tuli) tapi bukan kesemuanya.
4. HIDUNG
Hidung Dilihat dari Jarak Dekat
Hidung kucing macam hidung kucing kampung saja….
5. TUBUH BADAN
Tubuh Kucing Dari SISI
Kucing Anggora pada umumnya mempunyai tubuh yang panjang dan langsing
Anggora jantan biasanya lebih besar dari betina.
Panjang tubuhnya memang cukup panjang tapi tidak terlalu panjang serta bahagian belakangnya sedikit lebih tinggi daripada bahagian depan si kucing ini.
6. KAKI
Kaki Yang Panjang dan Kuat
Memiliki kaki yang panjang yang membuatkan ia kelihatan tinggi
7. EKOR
Ekor yang Panjang
Ekornya agak unik!
Ekornya yang panjang disertai bulu yang tebal dan lebat berbanding bahagian tubuh yang lain. Bulu ekornya seakan-akan ekor musang!
8. BULU
Bulu ASLI Tidak Terlalu Panjang
Keunikan ciri-ciri fizikal kucing Anggora lainya adalah bulunya.
Bulunya boleh tumbuh bergantung kepada cuaca di sekeliling.
Bulunya lebih panjang pada cuaca sejuk dan pendek pada cuaca panas ( perlu siap aircond untuk kucing ini kelihatan cantik ya!)
Walaubagaimanapun, bulu anggora tidak selebat kucing persian.
Bahagian tengkuk dan ekornya lebih panjang berbanding bahagian lain
9. TINGKAH-LAKU
Sedang Bermain Mainan
Kucing Anggora adalah kucing yang sangat aktif, senang bermain serta manja sehingga ia lebih senang berada di sekitar manusia atau pemiliknya untuk berinteraksi(bermain).
Ia mempunyai sifat rasa ingin tahu yang tinggi, mudah untuk dilatih dan menyesuaikan diri dengan manusia (peramah).
Ia tidak suka dikurung di dalam sangkar ataupun dirumah
Selain itu, ia juga suka mengawasi keadaan persekitaran, sangat waspada.
.
“Kucing Anggora adalah kucing yang sangat unik. Dari bentuk kepalanya saja seperti kucing domestik disertai mata yang unik dan mempunyai warna berbeza, kemudian bulunya hanya pada bahagian leher dan ekornya lebat, cara berjalan seperti model”

















