✔ BATU KARANG ( FLUTD )

✔ BATU KARANG ( FLUTD )

BATU KARANG PADA KUCING

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

 

batu karang

.

Kencing tersumbat selalunya dikaitkan dengan Penyakit Batu Karang pada dalam pundi kencing atau *Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)* yang kerap terjadi kepada kucing jantan.

Namun, kucing betina juga tidak terkecuali.

Anatomi saluran kencing jantan lebih sempit, panjang dan bengkok, menyebabkan saluran kencing mereka senang tersumbat berbanding betina.

.

APAKAH PUNCA DAN SEBAB KEPADA TERJADINYA MASALAH SALURANPUNDI KENCING KUCING TERSUMBAT? ADAKAH IA DISEBABKAN FAKTOR PERMAKANAN ATAU SEBAGAINYA?*

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada batu karang, terutamanya dari aspek _pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi, mengalami tekanan (stress), dan faktor kurang air di dalam badan._
Faktor-faktor ini boleh mengundang terbentuknya batu karang pada saluran kencing

batu karang

.

*APAKAH TANDA-TANDA AWAL KUCING ITU MENGHADAPI MASALAH BATU KARANG INI?*

Simpton awal yang boleh dilihat sekiranya kucing anda mengalami masalah batu karang ini adalah apabila sukar untuk meneran ketika membuang air kecil (stranguria), amaun kencing yang sedikit, kerap menjilat organ kemaluannya, kadang kala kencing berdarah (hematuria), terasa sakit apabila disentuh di bahagian bawah badan, tiada selera makan atau tidak mahu minum._

.

MENGHIDAPI PENYAKIT BATU KARANG UNTUK TEMPOH YANG LAMA? ADAKAH IA BOLEHMENGUNDANG MAUT PADA KUCING?*

Semua kes batu karang yg tersumbat (FLUTD) adalah dianggap kecemasan dan kritikal, kerana toksin di dalam badan tidak dapat dikeluarkan.

Toksin yang terkumpul boleh menyebabkan kematian sel-sel, kerosakan pada organ-organ tertentu dan akhirnya membawa kepada kematian.

Justeru itu, kes sebegini sangat memerlukan rawatan SEGERA dari Doktor Veterinar bertauliah dan pakar.

.

*ANTARA RISIKO JANGKITAN PENYAKIT LAIN AKIBAT PENYAKIT BATU KARANG INI?*

FLUTD juga boleh mengundang pelbagai penyakit lain sama ada jangkitan virus/bakteria dan masalah fisiologi lain sekiranya keadaan tidak dirawat pada peringkat awal, kerana kucing yang sakit akan mengalami kemurungan/stress yang melampau, tiada selera makan dan seterusnya menyebabkan sistem imuniti badan merosot.

*APAKAH LANGKAH DAN PERSEDIAAN AWALBAGI PEMILIK KUCING UNTUK MENGHINDARI MASALAH INI?*.

#Berikan makanan premium yang bersesuaian dengan kucing anda. Kini, terdapat pelbagai produk makanan premium yang mempunyai formulasi khusus untuk menggelakkan kes FLUTD sebegini.

#Pastikan sumber minuman bersih dan mencukupi. Pemilik perlu kreatif untuk menggalakkan si comel anda minum kerap seperti menggunakan fountain bowl, sediakan beberapa ‘ checkpoint ‘ minuman, kiub ais perisa ikan/ayam boleh diletakkan pada bekas minuman mereka untuk menarik minat mereka kerap minum.

#Berikan makanan lembut yang dibuat sendiri atau di dalam tin, kerana kandungan air tinggi. Elakkan memberi hanya makanan kering(biskut)kibbles kepada kucing anda.

#Sediakan ‘ litterbox ‘ yang mencukupi jika mempunyai kucing yang banyak dan pasir yang bersih agar kucing anda boleh kencing dengan selesa. Kucing nerupakan haiwan yang cerewet atau ‘ fussy’, litter box yang kotor dan berbau menyebabkan mereka rela untuk tahan kencing atau kencing merata.

#Kurangkan suasana stress didalam rumah, kerana faktor stress ini boleh mengundang permasalahan FLUTD ini.

.

*BAGAIMANA CARA PEMILIHAN MAKANAN YANG IDEAL UNTUK PEMILIK KUCING DI LUAR SANA?*

a) Makanan premium dan organik yang boleh didapati di klinik-klinik Veterinar dan kedai haiwan peliharaan.

b) Tiada penggunaan pelbagai pewarna.

c) Kandungan protein yang diformulasi bersesuaian dengan keperluan kucing anda. Saranan keperluan protein untuk anak kucing 30% dan kucing dewasa 25%-30%

.

*Rawatan bergantung kepada bagaimana sakit kucing adalah selepas diagnosis*

BATU KARANG ( FLUTD )

Air

Kucing yang tidak/kurang minum dan makan adalah berisiko dehidrasi kekeringan air dan pemberian air untuk beberapa hari – sama ada dengan diminumnya sendiri ataupun disuapkan akan membantu mengimbangi kadar air badannya serta juga air juga membantu melincirkan proses pembuangan toksin dari sistem buah pinggangnya. Air serta lembapan mencairkan kepekatan kencing kristal, sekali gus mencegah pengumpulan serta pembentukan batu karang.

Diet

Faktor utama rawatan adalah diet/pemakanannya. Iaitu makanan yang berprotein rendah,fosfat rendah akan mengurangkan beban pemprosesan buah pinggang serta mengurangkan kadar toksin dalam aliran darah kucing.*Makanan berprotein tinggi seperti sumber ikan ataupunayam tidak baik untuk kucing mengalami batu buah pinggang serta juga makanan dryfood juga tidak sesuai kerana kurang kadar kelembapannya yakni air*.Makanan basah Wetfood yang berprotein rendah adalah terbaik kerana secara tidak langsung“air” dapat diambilnya ketika memakannya.Dalam kebanyakan kes batu karang kucing, kucing perlu minum lebih banyak air dan makan makanan basah & STOP makanan kering dryfood.

Antibiotik

Antibiotik boleh digunakan jika sampel darah atau air kencing menunjukkan tanda-tanda jangkitan bakteria dalam buah pinggang.

.

.
.
.
.
Dapatkan UBAT BATU KARANG di kedai online kami :
.
.

 

Leave a Reply