✔ RAGDOLL

✔ RAGDOLL

RAGDOLL

 .
Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.
ragdoll
.
RAGDOLL  adalah sejenis baka kucing yang bersaiz besar.
Ia mempunyai bulu(coat) separuh panjang(semi-longhair) dan mempunyai mata berwarna biru.
Ia juga adalah baka yang bertanda(pointed breed) yang bermakna warna bulu(coat) dibadannya lebih lembut/terang(lighter) berbanding ditempat yang bertanda(pointed) iaitu di muka, kaki, ekor dan telinga.
Baka ini dibiakkan secara berhati-hati supaya dapat menghasilkan satu spesis kucing bersaiz besar yang manja dan jinak.
Dia dapat dibiakkan dalam tiga corak iaitu, dua darinya mempunyai stokin putih(mitted) dan dua warna(bicolor) dan satu lagi tidak mempunyai warna putih tetapi berwarna(colorpoint).
Ia dikatakan sempurna kerana dia mempunyai keseimbangan kerana kejinakannya, dan langsung tidak mempunyai ciri-ciri yang ekstrim.
Kucing jantannya mempunyai berat 15-20lbs, manakala yang betinanya adalah lebih kecil dari jantan iaitu mempunyai berat sehingga 10-15lbs apabila cukup dewasa.

.

.
 
.
Ragdoll adalah baka yang lewat tempoh matang dari segi saiz, corak bulu, dan panjang bulu.
ia akan mencapai panjang, corak bulu dan warna bulu penuh pada umur dua tahun.
dia akan mencapai saiz dan berat badan yang sempurna pada umur empat tahun.
Ragdoll adalah spesis yang lebih cenderung kepada manusia berbanding separuh daripada kucing-kucing lain.
Mereka adalah spesis yang akan menyambut kepulangan anda kerumah dengan menunggu anda di pintu masuk, mereka akan mengikut anda dari bilik-kebilik, berbaring diatas anda, tidur dengan anda dan kebiasaannya ia akan memilih untuk berada di mana saja anda pergi.
Kebanyakkan mereka ini mudah atau sudah diajar bagaimana menyahut panggilan anda dan bagaimana nak mengambil barang permainannya.
Bagi teman mereka adalah spesis kucing yang lemah lembut dan terutama sewaktu bermain mereka jarang mengeluarkan kuku.
Mereka cenderung duduk di lantai berbanding memanjat atau melompat. Bulu semi panjang, selembut dan selicin sutera memerlukan sedikit penjagaan untuk memastikan bulunya dalam keadaan terbaik.
Mereka perlu disikat menggunakan sikat keluli(steel) untuk menanggalkan bulu-bulu yang tercabut dan menghilangkan serabut pada bulunya.
.
.
Ragdoll mempunyai enam warna iaitu: seal, blue, chocolate, lilac, red dan cream.
Manakala coraknya pula ada empat iaitu: bi-color, van, mitted dan colorpoint.
Berkenaan warna dan corak teman akan jelaskan pada topik Bulu Kucing dan Jenis-jenisnya.
Ia mempunyai aliran darah siamese, anggora dan parsi(persian).
Oleh kerana itu ia mempunyai sifat-sifat siamese seperti ianya amat sensitif dan sesuai sebagai “house cat” kerana mengikuti sifat parsi(persian).
Bersaiz besar adalah mewakili sifat Anggora.
Oleh sebab baka inilebih banyak menghabiskan masa bersama isi rumah di dalam rumah membuatkan ia adalah antara kucing yang paling tidak membawa wabak penyakit kepada manusia.
Walaupun Ragdoll adalah kucing yang bersaiz besar ia mudah mesra dengan haiwan-haiwan peliharaan kita yang lain dan suka bermain dengan anak-anak kecil kita.
 .
Coat color: Seal Point

.

Ragdoll mula sekali dibiakkan oleh Ann Baker yang berasal dari California, Amerika Syarikat pada tahun 1960.
Ia di patenkan pada tahun 1975.
Nama ragdoll ini dipilih kerana kecenderungan nya terhadap manusia dan sentiasa relax/tenang apabila di dukung oleh manusia.
Bagi penilaian saya, ia adalah seekor kucing yang paling sesuai dengan manusia di zaman moden ini.
Walaupun begitu kucing ini tidak banyak ada di Malaysia ini. Ini mungkin kerana untuk mendapatkan baka ini yang asli yang ada sijil kelahiran dari CFA memerlukan kos yang mahal.

..

Kitten

Ragdoll tetap berada di ranking teratas untuk diri teman secara peribadi. Karektor yang begitu mesra dengan manusia amat memikat teman terhadap haiwan karnivor ini.

Malahan ia boleh menjadi teman kita sewaktu keseorangan dan kesunyian.
“Dengan memelihara seekor kucing dirumah ia boleh menjadi terapi kepada minda, jiwa dan keperibadian kita sekeluarga….”
.
Coat Pattern and colour: Pointed and Mitted

Leave a Reply