✔ SUSAH BERNAFAS

✔ SUSAH BERNAFAS

Kucing Susah Bernafas

 .
Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.
.
Sebut tentang bernafas, bagi saya setiap semua benda yang hidup dan bernyawa itu bernafas.
Bagi kucing, ia memerlukan oksigen yang cukup untuk mengekalkan kesemua fungsi badan berada dalam keaadan sempurna dan memastikan ianya bernyawa.
Bernafas bagi seekor kucing adalah salah satu fungsi normal badan yang dilakukan tanpa berfikir mengenainya.
Segala proses pernafasan dikawal secara terus(automatik) oleh otak dan sistem sarafnya.
Kucing sukar bernafas kerana beberapa perkara :-
  1. Terlalu Aktif(overexercised) dan Terlalu Ghairah Bermain(overexerted) – Kucing anda akan nampak seperti termengah-mengah atau tercungap-cungap selepas berlari atau bermain. Jika ini berlaku ianya tidaklah perlu dirisaukan kerana perkara ini adalah normal bagi kebanyakkan kucing yang terlalu ghairah(excited) bermain.
  2. Alahan – Banyak kucing mengalami alahan dengan ramuan atau bahan yang ada didalam makanannya. Kucing juga mudah mengalami alahan terhadap debu dan habuk yang ada didalam udara. Hindarkan kucing anda dari persekitaran yang berhabuk dan pastikan bahan-bahan(ingredients) didalam makanannya tidak memberi kesan alahan pada kucing anda.
  3. Asma Kucing – Faktor utama kucing anda mengalami asma adalah kerana alahan, namun begitu penyakit ini juga boleh terjadi disebabkan faktor lain. Asap rokok juga boleh menyebabkan kucing anda mengalami asma. (Bagi peminat kucing yang meghisap rokok, pastikan anda menjauhi kucing anda sewaktu sedang merokok kerana bahaya asap rokok kepada kucing adalah sama bahaya kepada manusia).Secara mudah untuk mengelakkan kucing anda terkena asma:pastikan kucing anda sentiasa mendapat udara yang bersih.Membeli penapis udara adalah pelaburan yang baik untuk kucing dan diri anda sendiri.
  4. Jangkitan di Sistem Pernafasan Atas(Upper Respiratory Infection) – Ini berlaku disebabkan beberapa perkara, salah satunya adalah disebabkan  pelbagai kuman dan pelbagai virus. Perkara ini akan teman jelaskan didalam tajuk Penyakit-Penyakit Kucing.
  5. Parasit – Kadang-kadang parasit seperti Cacing Jantung dalam bahasa inggeris disebut Heartworm dan bahasa saintifiknyaDirofilaria Immitis boleh menimbulkan masalah bernafas kepada kucing anda.
    .
“Kekerapan bersin dan batuk juga boleh menyebabkan kucing anda sukar bernafas. Sekiranya kucing anda mengalami masalah susah bernafas selain dari perkara (1 -Terlalu Aktif) silalah bawa ke veterinar dengan segera untuk memastikan masalah dan punca sebenar mengapa kucing anda sukar bernafas.”

Leave a Reply