✔Kucing dalam Islam

✔Kucing dalam Islam

Kucing dalam Islam

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

Kucing dalam Islam

.

Ada banyak pandangan dan hujah-hujah berkenaan Kucing dalam Islam.

Tetapi hari ini saya hanya dapat membentangkan satu dua petikan berkenaan topik ini.

Marilah kita sama-sama cuba memahami maksud petikan-petikan dibawah:-

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),”

[Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda,

“Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda,

“Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.”

Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing,

[Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain.

Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai “Abu Hurairah” yang beerti “Bapa anak-anak kucing” kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

 

Dari petikan diatas diatas saya berpendapat, membela, memberi tempat tinggal yang selesa, makanan yang baik, membersihkan najis dan segala kotoran dari kucing, bermain dengannya, bermanja dan lain-lain lagi adalah satu perbuatan yang tidak salah disisi agama.

.

Kucing dalam Islam
Kucing dalam Islam

.

Baru – baru ini saya ditanya oleh seorang saudara teman dari singapura berbunyi “kutip bulu kucing boleh masuk syurga ka” jawapan teman “ada orang masuk neraka kerana kucing dan ada orang masuk syurga kerana kucing” untuk masuk ke syurga,  hanya Allah sahaja yang tahu siapakah yang layak, kita sebagai umat lakukanlah apa yang disuruh dan jauhi segala larangan dan perkara yang ditegah.

Tetapi dari petikan diatas saya rasa terjawab sudah soalan masuk syurga itu tadi. Walau bagaimana pun penjelasan berkenaan ada orang masuk neraka kerana kucing, insyaallah dapat diperjelaskan dengan petikan dibawah. Marilah kita sama-sama memahami apa yang disampaikan oleh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqor:-

Oleh : Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqor

Hati yang keras dan tabiat yang buruk mampu menjerumuskan pemiliknya ke dalam neraka.

Hal itu kerana ia kosong daripada kasih sayang. Ia membuatkannya tidak peduli terhadap apa yang dia lakukan kepada orang lain, maka dia membunuh, memukul dan melakukan kerosakan.

Dengan itu, mereka meletakkan diri mereka ke dalam kecelakaan disebabkan oleh apa yang mereka lakukan kepada orang lain.

Di antara mereka ada seorang wanita yang diceritakan oleh Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam. Dia mengurung seekor kucing sehingga ia mati kelaparan dan kehausan. Oleh kerana perbuatan itu maka wanita itu pun masuk neraka.

Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi Sallahu’ ’Alaihi Wassalam bersabda,

Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari,

Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”

Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala beliau melihat syurga dan neraka ketika shalat gerhana. Di dalam Shahih al-Bukhari dari Asma binti Abu Bakar ra bahwa Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam bersabda,

Lalu neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sehingga mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan. Nafi’ berkata, Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.”

Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka.

Di dalamnya terdapat keterangan bahawa wanita itu berasal dari Bani Israil. Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa wanita itu berasal dari Himyar.

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum sehingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan.

Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di dalam hatinya. Dia sengaja menyakiti kucing itu. Jika di  dalam hatinya terdapat belas kasihan, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenali oleh orang-orang yang mengenal suara kucing. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara kucing itu semakin lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tinggal di rumahnya, dia mungkin sahaja memberinya makan dan minum.

Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang.

Jika dia enggan memberinya makan, maka dia harus melepaskannya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas.

Ia pasti mendapatkan makanan. Lebih-lebih lagi, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut daripada sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.

Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke dalam neraka. Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam  melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka.

Kesan-kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya.

Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.

Tuan-tuan dan puan-puan semua dengan petikan diatas dapatlah sikit sebanyak memberi kita penjelasan terhadap tajuk Kucing dan Islam.

Bagi saudara teman yang berada di Singapura, diharapkan terjawab lah sudah persoalan “kerana kucing manusia masuka neraka”.

Dari petikan – petikan diatas beberapa pengajaran dapat kita simpulkan bersama:-

  1. Pupuklah kasih sayang agar kita dapat saling menyayangi sesama makhluk ciptaan tuhan.
  1. Tiada halangan dan sekatan agama untuk berjasa pada kucing, malahan ia disukai oleh nabi dan rasul kita   Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam, sehingga baginda memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai “Abu Hurairah” yang beerti “Bapa anak-anak kucing” kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
  1. Besarnya dosa orang-orang yang menyeksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita itu masuk neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.
  1. Boleh mengurung binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendakah melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rezekinya sendiri
  2. Di Akhirat, manusia diadzab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya..

Kucing dalam Islam

.

“Pupuklah kasih sayang agar kita dapat saling menyayangi sesama makhluk ciptaan tuhan. Dengan kasih sayang juga kita akan mengukuhkan lagi hubungan sesama manusia.”

Leave a Reply