✔Manfaat bela kucing

✔Manfaat bela kucing

Manfaat bela kucing

.
Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.
Para pembaca yang dihormati sekalian, salah satu sebab kerana apa saya memilih kucing sebagai satu haiwan yang teman kasihi adalah kerana dengan bela kucing, hati teman bertambah tenang, gembira, rezeki teman tidak putus dan yang paling penting bagi teman ialah ia meningkatkan tahap kesabaran dan  mengawal bisikan amarah sang iblis yang ada dalam diri.
Hari ini saya ingin bercerita sikit akan manfaat membela kucing ini mengikut beberapa kajian yang telah dijalankan di dunia hari ini.
Bagi sesiapa yang tidak pernah memiliki atau membela haiwan peliharaan dan teman khususkan kepada kucing, mungkin tidak tahu kegembiraan yang dirasai oleh pemilik haiwan berkenaan.
Tahukah anda bahawa haiwan peliharaan(kucing) ini adalah peransang emosi positif semulajadi.
Dengan meluangkan masa 15-30 minit sehari beriadah bersama kucing atau sekadar melihat ikan berenang di dalam akuarium paras hormon berkaitan tekanan akan menjadi rendah.
Pada masa yang sama juga satu hormon bernama serotonin yang begitu penting untuk kesihatan manusia secara menyeluruh, akan meningkat naik. Kajian pada tahun 1999 yang disiarkan didalam Jurnal Geriatrik Amerika Syarikat mendapati, warga tua yang tinggal sendirian bersama kucing peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu tanpa haiwan peliharaan.
Mereka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik.
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Kucing merupakan seekor haiwan karnivor yang sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk bertarung.
Oleh itu mereka sentiasa memastikan keadaan otot  dan kecerdasan mereka berada pada tahap paling bersedia.
Kucing memerlukan banyak aktiviti cergas, ini kerana sifat semulajadinya.
Diantara cara untuk memenuhi keperluan ini  ialah dengan membawa kucing anda berjalan di taman atau setidak-tidaknya bermain bersama mereka. Walaupun remeh dan memenatkan aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada pemilik kucing kerana secara tidak langsung menggalakkan mereka bersenam biarpun hanya berjalan.
Tahukah anda??
Berjalan kaki merupakan satu senaman paling mudah dan murah tetapi memberi kesan besar terhadap peningkatan tahap kesihatan manusia jika ia dilakukan 20 hingga 30 minit sehari dan sekurangnya empat hingga lima kali seminggu. Selain meningkatkan tahap kecergasan ia membantu mengurangkan berat badan dan memudahkan kawalan penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi.
Bagi pesakit kencing manis, penjagaan makanan dan pengambilan ubat saja tidak cukup untuk mengawal penyakit anda.
Paras gula lebih mudah diturunkan jika disertakan dengan senaman. Pada masa sama, senaman boleh membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.
Kucing tidak seperti manusia yang jemu dengan kata-kata yang berulang. Kucing merupakan sahabat setia dan pendengar yang sentiasa bersedia mendengar cerita sama yang berulang-ulang, luahan rasa dan masalah anda. Apatah lagi anda mengusap dan membelai kucing anda ketika bercakap dengannya.
Meluahkan masalah antara cara yang boleh mengurangkan tekanan.
Kucing Memberi Perlindungan Kepada Jantung Manusia
Kajian selama 20 tahun yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Strok Minnesota, Amerika Syarikat, ke atas lebih 4,000 orang berumur 30 hingga 75 tahun mendapati, individu yang tidak pernah membela kucing mempunyai keberangkalian 40 peratus meninggal dunia akibat serangan jantung dan risiko 30 peratus lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit jantung lain.
Bagaimanapun, manfaat ini tidak dilihat pada pemilik anjing dan penyelidik tidak dapat menerangkan bagaimana perkara itu boleh berlaku.
Malahan ada di kalangan pakar perubatan pun ada yang tidak bersetuju dengan kesimpulan daripada kajian berkenaan dan percaya pemilik kucing itu mempunyai daya tahan serta bijak menangani masalah.
“Hakikatnya individu yang membela kucing biasanya bersifat penyabar, tidak mudah tertekan dan haiwan(kucing) itu secara tidak langsung dapat mengalihkan perhatian seseorang daripada asyik memikirkan masalah. Selain itu, manfaat dapat dirasai pemilik kucing banyak dicatat dalam pelbagai kajian sejak berpuluh-puluh tahun lalu.”
.
Antaranya:
Membantu Awet Muda
.
Kucing peliharaan boleh membantu anda awet muda terutama bagi individu yang bersara. Jangan salah anggap, awet muda yang dimaksudkan di sini bukan dari segi penampilan tetapi kesihatan fizikal dan mental. Tidak melakukan apa-apa selepas bersara adalah laluan ekspres ke arah penuaan. Mempunyai kucing peliharaan memberi anda tugas dan tanggungjawab baru iaitu menjaganya.
Menjaga kucing bermaksud memberikan makan, membersihkan badan kucing anda, membuang najis, memberi keselesaan tempat tinggal dan beriadah bersamanya.
Aktiviti anda tidak terhad kepada rutin harian menjaga kucing anda sahaja kerana kebanyakkan pemilik kucing mempunyai kecenderungan untuk berbual dengan orang yang sukakan haiwan ini.
Ini secara langsung memberi anda peluang untuk berinteraksi dan mempunyai lebih ramai kawan dalam masa yang sama.
Selain dari itu anda boleh menimba pengalaman dengan menyertai acara yang lebih besar seperti pertandingan pertunjukkan kucing tercantik(cat show). Jika tidak turut serta pun, anda masih boleh membawa anak dan cucu menyaksikan pertandingan atau pameran seumpama itu sebagai aktiviti pendidikan tidak formal.
Mengurangkan Risiko Alahan dan Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
.
Para pakar kesihatan berpendapat antara faktor kepada peningkatan kes alahan di seluruh dunia, terutama di negara maju, ialah kerana persekitaran yang terlalu bersih dan tidak pernah terdedah kepada alergen iaitu bahan yang boleh mencetuskan gejala alahan.
Alahan terhadap kucing peliharaan antara pencetus serangan asma.
Kajian mendapati kanak-kanak yang dibesarkan dalam rumah yang ada kucing kurang kemungkinan mendapat asma apabila besar.
“Jika anda atau ada ahli keluarga yang memang alah(alergic) terhadap haiwan, jangan membela haiwan peliharaan kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.”

Leave a Reply