✔ HILANG SELERA MAKAN

✔ HILANG SELERA MAKAN

KUCING TAK MAKAN 

.
Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.
Dapatkan SUPPLEMEN TAMBAH SELERA MAKAN  di kedai  online kami :
.
Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing.
Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi.
Sekiranya kucing anda menunjukkan sikap tidak mahu makan atau pun makan terlalu sikit dari selalu, anda perlu mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti apa masalah yang sebenarnya.
Sekiranya anda terus membawa kucing anda ke klinik, mungkin doktor akan mengatakan kucing anda mengalami Anorexia( kucing tak makan ).
Anorexia ialah istilah yang digunakan oleh para veterinari untuk sejenis penyakit yang dialami kucing, yang mengakibatkan kucing anda hilang selera makan.
.
KUCING SIHAT, hilang selera makan ada beberapa sebab:
  1. Jemu dengan makanan yang sama setiap hari. (cuba pelbagaikan perisa dan sumber bahan utamanya, seperti ayam, ikan dan pelbagai jenis daging).
  2. Rindu makanan kegemarannya.(ayam rebus contohnya, setiap kucing mempunyai makanan kegemaran tersendiri)
  3. Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)
  4. Ada kucing lain yang menganggunya makan(persaingan antara kucing lain).
  5. Kurang perisa makanan. (kekurangan rasa masin boleh membuat kucing kurang minat dengan makanan tersebut).
  6. Kucing anda telah keluar memburu dan memakan hasil buruannya. (Naluri kehidupan liarnya sudah bermula – ini perlu dielakkan).
  7. Tidak mengemari kedudukan tempat makannya. (cuba ubah lokasi bekas makannya).
  8. Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.(hanya pada kucing yang belum dikasikan/di kembiri)

.

Sekiranya semua faktor diatas sudah diambil kira, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami kesakitan atau diserang penyakit. Jika ini berlaku segera bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat.
.
KUCING SAKIT, hilang selera makan kerana beberapa sebab:
  1. sukar bernafas.(tidak dapat menghidu makanan).
  2. Dehidrasi(Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)
  3. ulser  dalam mulut.
  4. Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius.

Leave a Reply