✔ SELERA MAKAN KUCING

✔ SELERA MAKAN KUCING

SELERA MAKAN KUCING

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

Kucing adalah individu seperti manusia yang mempunyai selera makan yang berbeza antara satu sama lain.
Kucing mempunyai selera makan tersendiri dan sesetengah kucing begitu cerewet dengan makanannya.
Ini kerana makanan merupakan perkara paling penting didalam kehidupan haiwan karnivor bernama kucing ini.
 Kucing anda akan merajuk dan stress apabila sering memberikan makanan yang sama setiap hari. Ini boleh menurunkan selera makan kucing.
.

Dapatkan VITAMIN SELERA MAKAN dirumus khas untuk kucing di kedai online kami :

.
https://shopee.com.my/VITAMIN-untuk-selera-makan-bulu-dan-tambah-susu-kucing-UPHAVIT-i.34104612.1622398308

atau

kunjungi kedai kami

https://shopee.com.my/syakirman

.

***pembelian rm35 ke atas dari kedai online kami akan mendapat PERCUMA POS ( gunakan voucher FREE SHIPPING dari kami sebelum CHECKOUT/SEMAK KELUAR

.
Kucing tidak mempunyai jadual makan yang tertentu seperti manusia yang perlu makan sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Jadual makan kucing anda biarlah ditetapkan oleh anda sendiri mengikut kesesuaian masa anda bersama kucing anda.
Terpulang kepada anda ingin memberinya makan 3x,2x ataupun sekali sehari makan.
Bagi pendapat saya untuk kucing dewasa(1-5 tahun) berilah 2-3 kali sehari dan untuk anak kucing(0-1tahun) 4-5 kali sehari.
Walaupun kucing tidak memerlukan jadual makan yang tertentu tetapi kucing memerlukan kuantiti makanan yang cukup setiap hari bagi mengekalkan jumlah tenaga hariannya.
Bagi kucing dewasa memadai dengan 70g-80g sehari dan anak kucing serta ibu kucing yang sedang mengandung 225g sehari.
.
selepas makan

.

Kucing adalah seekor haiwan yang amat menepati masa dengan kegiatan rutin hariannya seperti waktu makan, waktu membuang air besar, waktu bersosial serta bermain dan waktu bersama dengan tuannya.
 Teman memberi kucing-kucing teman makan 3 kali sehari iaitu diawal pagi seawal 6pagi, 12-1 tengahari dan 6-7petang.
Jadi setiap pagi tepat pukul 6 pagi kucing-kucing teman akan menjerit-jerit meow,meow,meow untuk makan.
Jadi di sini tidak hairanlah kalau ada pembela-pembela kucing yang menjadikan kucing mereka sebagai penggera kepada mereka untuk bangun pagi dan tepat setiap hari.

Leave a Reply