✔UMUM

✔UMUM

JENIS MAKANAN ( wetfood & dryfood )
.
Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.
 .
Hari ini kalau kita lihat di pasaraya-pasaraya terdapat berbagai jenis jenama dan jenis makanan kucing .
Pada zaman yang serba canggih ini, industri pembuatan makanan haiwan peliharaan juga turut tidak ketinggalan dari segi hasil produk yang berkualiti dan jaminan kualiti produk keluarannya.
Terima ksaih pada teknologi kerana memudahkan pembela serta pembiak kucing pada hari in didalam menyediakan makanan haiwan kesayangan kami. Bagi kucing, teman kategorikan kepada 2 jenis makanan iaitu :
 .
1) makanan kering(dry food) berbentuk palet 
.
Dry food adalah makanan berformula tinggi, ibaratkan sahaja ia sebagai pati makan.
Memberinya makan lebih dari 80g sehari boleh menyebabkan obesiti. Kebanyakan kucing yang tinggal didalam rumah (indoor) cenderung untuk mendapat obesiti jika mangkuk makanannya sentiasa penuh.
Jika anda memberi kucing anda makanan kering, periksa dahulu label dan tanya veterinar anda supaya anda memahami panduan dalam pemakanan kucing.
Makanan kering ini juga dapat mencegah plak dan tartar pada gigi kucing dan mulut kucing. Oleh itu mulut kucing anda lebih bersih. Makanan kering juga mudah disimpan dan tahan lama.
Makanan yang terdedah tidak mudah rosak dan tidak mudah lemau dengan cepat.
Makanan ini dapat bertahan 2-3 hari selepas terdedah.

makanan kucing

 .
2) makanan basah(can food/wet food) 
.
Apabila disebut makanan basah, bagi pembiak kucing, ini merujuk kepada makanan di dalam tin(canned food). Bagi teman makanan ini hanyalah untuk menaikkan selera kucing.
Ianya tidak sesuai dijadikan makanan utama kucing anda kerana kos yang tinggi dan mudah rosak berbanding makanan kering.
Mengikut pengalaman teman makanan basah tidak sesuai di beri banyak kerana ia boleh menyebabkan kucing anda cirit birit.
 Ini mungkin kerana sistem penghadaman kucing tidak dapat menghadamkan makanan ini dengan sempurna.
Mulut kucing anda juga mudah kotor dan lebih berbau busuk apabila makan makanan basah.
Kebanyakkan makanan ini berasaskan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang. Sesetengah kucing amat tidak menyukai makanan laut. Tidak dinafikan kebanyakkan kucing amat tertarik dengan makanan basah ini kerana baunya yang amat lazat.
Kiranya anda memberi kucing anda makan 3 kali sehari(sarapan, makan tengahari dan makan petang) adalah lebih elok diberi makanan basah ini sedikit sebelum memberi makan petang kepada kucing anda.
.

makanan kucing

Catatan pengalaman :

.

Mula-mula bela kucing dulu igt brand Whiskas, Friskies, Pro Diet dan Smart Heart je yg bagus tapi rupa-rupanya ada byk lagi brand makanan kucing yang takde keluar kat iklan-iklan di television tapi ianya lebih bagus dan berkualiti.

First time bwk kucing pergi vet utk vaksin dulu ada la tanya doktor makanan kucing brand apa yg bagus. So doktor cadangkan yg paling terbaik adalah Blackwood, Button n bowl & Equilibrio. Untuk pertama kalinya kami try Blackwood tapi kucing-kucing kat rumah tak suka mungkin baunya kurang menyengat.

Second time try beli Equilibrio kucing-kucing kat rumah suka, badan semua naik gemuk-gemuk dan najis pun kurang bau. Yang paling best beli pek besar anggaran 7-8 kg mcm tu boleh tahan sebulan.

Pernah cuba tukar brand lain seperti IAMS, kucing-kucing suka je makan tapi cpt habis, tak sampai sebulan pun. Lepas tu ada try Vita Cat, yg ni pun bagus tapi susah nak dapat kat pet shop, hanya ada jual kat pasaraya Tesco jek. Kemudian cuba Taste of Wild tapi bulu kucing banyak gugur pula , mungkin tak serasi. Akhirnya kembali kepada Equilibrio semula.

Sampai sekarang dah dekat 2 tahun bela kucing still bagi makan Equilibrio jek yg serasi. Dan lagi kami bagi makan Equilibrio for kitten pulak tu even kucing-kucing semua dah dewasa, oleh kerana ianya byk protein. Pernah tukar Equlibrio for adult cat tapi berat badan kucing turun, bukan tak bagus tapi kami lg suka kucing kami montel-montel, best nak peluk.

Jadi, bagi kita brand Equlibrio mmg terbaik untuk kucing walaupun harganya agak mahal tetapi ianya berbaloi. Sebabnya, kucing hanya makan sikit sahaja dah kenyang, tak perlu selalu topup makanan. Selain itu, najis kucing pun kurang berbau dan ianya amat sesuai untuk kucing indoor. Bulu kucing pun kurang gugur. Kalau nak kucing-kucing anda sentiasa gebu dan montel anda boleh try bagi Equlibrio for kitten.

Ada pendapat Pet Shop yg lain pula mereka tidak suka bagi kucing makan EQ, katanya nnt mulut kucing berminyak. Mereka lebih suka beri kucing makan brand Sanabella. Sanabelle pun bagus juga. Ha…sebenarnya memang ada banyak lagi makanan kucing yg terbaik kat luar sana tu. Kena rajin join event Pets Fair memang anda akan jumpa pelbagai jenis produk makanan kucing yg terbaik, yang tak pernah dengar pun ada. Kalau anda bernasib baik, anda akan dapat sample makanan kucing.

Leave a Reply