✔ Anak kucing dua muka

✔ Anak kucing dua muka

Anak kucing dua muka

.

Anak kucing dua muka Anak kucing dua muka Anak kucing dua muka

.

SUNGAI PETANI: Seorang peniaga pisang goreng di Taman Cahaya (PKNK), di sini terkejut apabila mendapati kucing peliharaannya melahirkan anak yang bermuka dua.

Zakirah Yaacob, 55, berkata dia mula sedar seekor daripada tiga anak yang dilahirkan kucing peliharaannya dikenali Comel itu, ada dua muka pada Khamis lalu.

Sebelum itu, ketika ingin keluar ke pasar, Zakirah melihat Comel sedang dalam kesakitan untuk melahirkan anak. Dia cuba membantu tetapi tidak berjaya.

“Selepas pulang dari pasar, saya lihat Comel sudah melahirkan tiga ekor anak.

“Bagaimanapun satu daripadanya kelihatan tidak bermaya membuatkan saya cuba mengalihkan anak kucing itu daripada ibunya.

“Ketika itulah saya perasan anak kucing itu ada dua muka,” katanya yang kemudian memberitahu ahli keluarga lain yang turut terkejut tetapi teruja dengan berita itu.

Menurut Zakirah, sebelum memberitahu keluarganya, dia membuat pemeriksaan teliti kerana tanda kemerahan di pipi kanan anak kucing itu mungkin luka.

“Bagaimanapun, selepas diamati ia adalah satu lagi muka lengkap dengan hidung dan satu mata,” katanya.

Biarpun terkejut dengan kejadian itu, dia sekeluarga sangat berharap supaya anak kucing itu dapat hidup dan membesar.

“Kami sekeluarga sangat berharap anak kucing ini dapat terus hidup dan kami akan menjaganya sebaik mungkin,” katanya.

 

SUMBER BERITA : BERITA HARIAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/349461/anak-kucing-dua-muka

Leave a Reply