✔ Tanda Kucing Mengandung 

✔ Tanda Kucing Mengandung 

Tanda Kucing Mengandung 

.

Tanda Kucing Mengandung 

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

Dapatkan SUPPLEMEN TAMBAH SUSU IBU KUCING di kedai online kami :

https://shopee.com.my/SUPPLEMEN-TAMBAH-SUSU-untuk-kucing-dan-anjing-HAEMOMAXX-i.34104612.1623963667

 

Tempoh kehamilan untuk kucing domestik dan persia, biasanya antara 60-67 hari ( 2 bulan atau 9 minggu), ada juga sehingga 70 hari.

Kucing yang hamil akan mula menunjukkan tanda-tanda fizikal dan perubahan tingkah laku.

Cara terbaik untuk mengetahui dengan lebih tepat adalah membawa kucing anda ke doktor haiwan.

Walau bagaimanapun, jika anda tahu bagaimana untuk mengetahui perubahan ini, ia dapat membantu anda menentukan sama ada kucing anda benar-benar hamil.

Untuk membantu anda mengetahui tanda-tanda kucing mengandung berikut akan dijelaskan tanda kucing mengandung atau hamil.

Anda harus tahu bahawa kucing betina mungkin hamil pada usia 4 bulan, tetapi ini tidak disyorkan.

Umur yang disarankan untuk kucing mengawan adalah 12 bulan ke atas

Walau bagaimanapun, jika anda tidak merancang untuk membiakkan kucing sebaiknya kucing perlu dimandullkan/kasi.

Musim mengawan bagi kucing bermula ketika cuaca panas, biasanya September-April di belahan bumi selatan dan Februari-September di belahan bumi utara..

.

1) Tanda-tanda fizikal

.

Tanda kucing mengandung  .
puting susu kucing-betina akan berubah-menjadi merah dan membesar

.

Sekitar 15-18 hari kehamilan, puting kucing betina akan berubah menjadi merah dan membesar, ini dikenali sebagai “merah jambu”.

Apabila dipicit puting susu, susu akan keluar terutama pada akhir kehamilan.

Perlu diperhatikan, puting yang membesar juga merupakan tanda-tanda berahi, jadi pembesaran puting bukan hanya tanda kehamilan.

.

tanda kucing mengandung

.

Sekiranya diperhatikan dari kepala ke ekor, belakang kucing hamil akan kelihatan melengkung, dengan perut sedikit bulat. Biasanya ini jelas kelihatan pada akhir kehamilan.

Perutnya akan menjadi lebih besar dalam masa 3 minggu kehamilan.
Sekitar 3 minggu kehamilan juga, ujian ultrasound pada kucing boleh dilakukan untuk menentukan sama ada kucing itu hamil.

Bulu Kucing hamil biasanya mudah gugur dan sedikit nipis.

Keguguran bulu kucing disebabkan peningkatan hormon kulit yang menyebabkan kulit menjadi berminyak.

Walau bagaimanapun, ia tidak lama, mungkin kira-kira 1 atau 2 minggu.

.

2) Perubahan tingkah laku

.

 

Tanda kucing mengandung 

.

Sesetengah kucing hamil mungkin mengalami sakit pada waktu pagi pada awal kehamilan, termasuk selera makan bertambah dan kadang-kadang muntah.

Selera kucing akan meningkat, terutamanya selepas tempoh kehamilan berterusan. Ia biasanya bermula pada minggu ke 3 kehamilan, kerana keperluan nutrisi kucing bunting akan meningkat.

Kita mungkin melihat perubahan tingkah laku dalam kucing. Kucing akan menjadi lebih lembut, manja dan  tidur lebih lama.

.

tanda kucing mengandung

.

Kitaran berahi (onheat) kucing bergantung kepada pelbagai faktor.

Jika selepas ‘mating’, nafsu kucing berhenti tiba-tiba dan tidak onheat lagi, kemungkinan kucing itu hamil .

Beberapa hari sebelum kelahiran, kucing akan mencari tempat yang sesuai  sebagai persiapan untuk melahirkan anak.

Biasanya kucing akan bersarang di tempat yang hangat dan tenang seperti di dalam almari atau di bawah perabot. .

Kucing yang mengandung memerlukan lebih perhatian.

 

Langkah Penjagaan Kucing Hamil

—pastikan pasir kucing sentiasa bersih

—tukar air minuman kucing hamil setiap hari

—sediakan makanan yang kaya dengan protein seperti ayam atau daging mentah atau makanan kucing kering khas utk kucing hamil seperti royal canin mother and babycat

—sediakan tempat yang sesuai dan bersih sebagai persediaan ibu kucing melahirkan anak

—elakkan dari memberi ubat cacing ketika kucing hamil kerana risiko keguguran. beri selepas kucing melahirkan anak sekiranya terlepas jadual ubat cacing

—pastikan ibu kucing bebas dari penyakit bawaan kulit seperti kutu dan kulat

.

Tanda Kucing Mengandung

 

 

 

 

 

Leave a Reply