✔ Cara Memotong Kuku Kucing

✔ Cara Memotong Kuku Kucing

CARA MEMOTONG KUKU KUCING 

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

Cara Memotong Kuku Kucing

.
Anda penah potong kuku kucing???

Sesetengah pemilik kucing mengambil jalan mudah dengan menghantar si comel ke salon haiwan yang bukan sahaja memotong dan membersihkan kuku si comel malah berdandan (grooming).

Memotong kuku kucing membantu mengelakkan perabot kita dari rosak akibat dicakar (scratch) dan jika kita lakukan sendiri ia bukan sahaja mengurangkan kesan calar di kulit kita (sama ada kerana gurauan manja atau kasar) malah menjimatkan kerana tak perlu lagi menghantar si Comel ke salun.

Kalau anda lakukan buat pertama kali, latihlah si comel anda dengan memotong kukunya sejak ia kecil supaya menjadi amalan kebiasaan dan kita pula tidak lagi sukar menguruskan mereka.

.

Tips sebelum memotong kuku.

.

Cara Memotong Kuku KucingCara Memotong Kuku Kucing
.

 

  1. Potong kuku di dua atau tiga jari setiap sesi bergantung pada temperament kucing anda.
  2. Sebolehnya lakukan ketika kucing berada di dalam keadaan rileks ataupun sedang tidur.
  3. Jika kucing anda masih tidak membantu memudahkan kerja anda, cuba dapatkan produk Felifriend atau Feliway Spray di pet shop. Semburkan di tangan dan tunggu hingga kering sebelum anda menyentuh kucing. Ia merupakan sejenis cecair pheromone yang membantu menenangkan kucing.
  4.  Terdapat beberapa jenis pemotong kuku (nail clippers) yang anda boleh guna. Saya guna nail clipper yang biasa gunakan pada diri sendiri. Anda boleh membeli pemotong kuku khas untuk kucing yang ada dijual di klinik vet ataupun pet shop. Pastikan pemotong kuku tajam sebab pemotong kuku yang tumpul akan memecahkan kuku kucing, bukan memotongnya.
  5. Setengah orang menyediakan biskut atau kibbles sebagai ‘upah’ setiap kali mereka berjaya selesai satu sesi.

.

Cara Memotong Kuku Kucing
JENIS PEMOTONG KUKU KUCING

.

Cara-cara memotong kuku kucing

  1. Pastikan kedudukan anda dan kucing anda selesa, sama ada di atas pangkuan, meja atau pun di lantai. Jika anda melakukannya di pangkuan tanpa bantuan orang lain, anda boleh menahan badan kucing menggunakan lengan supaya kucing tidak banyak bergerak.Ada juga pemilik kucing membalut tuala ke badan kucing dan hanya mengeluarkan tangan atau kaki yang perlu dipotong kukunya. Terpulang pada anda, kerana anda sahaja yang memahami sikap si comel kan?
  2. Usap manja tangan dan kaki kucing sambil memicit micit jarinya.
  3. Pegang tangan atau kaki kucing, dengan jari tengah anda di bawah tapak tangan kucing dan ibu jari anda di atas jari kucing. Saya gunakan jari telunjuk untuk menyelak bulu di sekitar kuku jari kucing  yang hendak dipotong.Cara Memotong Kuku Kucing
  4. Picit hala ke hadapan jari kucing dengan lembut. Anda boleh lihat kuku kucing keluar dari sarung (sheath) kukunya seperti gambar di atas.
  5. Potong kemas hujung kuku kucing anda seperti di dalam gambar.  Elakkan kawasan pink di pangkal kuku. Ini merupakan isi daging (quick) dalam kuku yang mengandungi urat  saraf dan darah. Jangan potong hingga ke kawasan ini sebab pastinya jari kucing anda akan berdarah.  Ada sesetengah laman web memberitahu, sekiranya anda dengan tidak sengaja terpotong quick, sapukan styptic pencil Silver Nitrate sticks (astringent). Produk yang digunakan oleh kaum lelaki untuk diletakkan pada luka selepas bercukur. Darah akan berhenti dalam masa 5 minit!  Setakat ini tak pernah pulak saya potong kuku kucing sampai berdarah. Kalau di satu hari berlaku juga, saya hanya terfikir minyak gamat! 🙂

.

Cara Memotong Kuku Kucing
KAWASAN HAD PEMOTONGAN KUKU KUCING
.

Jika anda potong menggunakan pemotong kuku manusia, potong lah dengan cara seperti gambar di bawah.

.

Cara betul memotong kuku kucing menggunakan pemotong kuku manusia.

Jika anda potong kuku dengan cara sisi (seperti gambar di bawah), besar kemungkinan kuku kucing anda  akan pecah.

.

Cara yang salah
 .

Pada peringkat awal memang saya potong kuku kucing menggunakan pemotong kuku manusia. Kemudian saya bertukar kepada pemotong jenis Guillotine yang boleh didapati di mana-mana pet shop.

Jika anda menggunakan pemotong yang sama, gambar di bawah adalah cara yang betul.

.

Cara Memotong Kuku Kucing
.

Pastikan lebihan kuku jatuh ke lantai atau menghala ke siling rumah.

Sesetengah pemilik kucing tidak memotong kuku jari kaki kucing sebab kuku tersebut kurang digunakan berbanding kuku tangan dan lazimnya dapat dijaga sendiri oleh kucing tersebut secara semula jadi dan tidak lah setajam kuku jari tangan.

Kekerapan memotong kuku?. Terpulang. Saya memotong kuku kucing saya bila apabila kuku mereka mula tumbuh dan tajam. Mungkin sebulan sekali.  Ada orang lakukannya setiap 3 atau 4 minggu sekali..

.

Cara Memotong Kuku Kucing

Leave a Reply