✔ Cara mandikan kucing

✔ Cara mandikan kucing

CARA MANDIKAN KUCING 

.

 

.

Memandikan kucing adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan.

Ye la…kucing kan takut air, kalau korang dapat kucing yang tak takut air tu memang beruntung la, takde la payah sangat nak mandikan diorang ni.

Tapi kalau dah takut sangat ni la yang payah sikit.

Kena la banyak bersabar ye.

Kebanyakkan kucing akan meronta-ronta untuk mengelak daripada dirinya dibasahkan.

cara mandikan kucing
SANGKAR MANDI KUCING

Anda boleh juga gunakan sangkar mandi kucing untuk memudahkan proses memandikan kucing

Disini kami ingin kongsikan bagaimana untuk memandikan kucing yang takut pada air ini…

cara mandikan kucing

Apabila memandikan kucing buat kali pertama jangan jadikannya pengalaman yang paling teruk bagi kucing korang, kalau tak nanti kucing tu akan takut mandi seumur hidup…muahahaha.

Mandikan kucing korang secara perlahan-lahan supaya anda tidak mencederakannya.

Pertama sekali, basahkan kucing anda dengan perlahan atau usapkan saja keseluruh bahagian badan termasuk kepala.(jangan terkena mata ya)

Dapatkan syampu kucing. Ia boleh didapati dalam jenis cecair ataupun serbuk kering.Sapu ke seluruh  badan kecuali mata.

Biarkan selama lebih kurang lima minit supaya shampoo meresap hingga ke kulit kucing terutamanya jika menggunakan shampoo berubat ( medicated shampoo)

Untuk merawat kucing yang terkena fungus gunakan shampoo jenama malaseb dan biarkan kucing bersama shampoo selama 5-20 minit bergantung pada panjang bulu kucing ( pastikan kucing tidak menjilat shampoo kerana ia BERACUN!!!)

.

cara mandikan kucing
SHAMPOO UNTUK RAWATAN FUNGUS

Memandikan kucing yang takut air boleh meninggalkan kesan trauma jika korang tidak berhati-hati, dan boleh menyebabkan kucing yang ketakutan selama beberapa hari selepas itu.

Jangan rendam kucing korang sepenuhnya, maknanya jangan curahkan air pada mukanya. Oh ya, sebelum mandi jangan lupa potong dulu kuku kucing tu, nanti habis korang kene cakar.

Kalau bilik air korang ada “rubber mat” lagi bagus, sebab kalau korang mandikan kucing korang kat situ akan menjadikan diorang berasa lebih selamat, jadi diorang kurang cenderung untuk panik dan menjadi agresif.

 

cara mandikan kucing
AMBOIII, TAK TAKUT AIR KE???

Selepas shampoo, bilaskan dengan air kemudian lapkan dengan segera untuk mengelakkan kucing kesejukkan.

Gunakan pengering rambut untuk mengeringkan bulu kucing sepenuhnya. Sekiranya anda tiada pengering rambut, keringkan di bawah cahaya matahari sehingga kering ye.

Kalau dapat kucing yang macam ni korang takyah mandikan diorang, diorang sendiri akan pegi mandi.haha

cara mandikan kucing
KUCING YANG SUKA MANDI

Cara paling simple, letak je ikan dalam tab atau baldi, nanti diorang berenang la sekali.

cara mandikan kucing

Leave a Reply