✔ Keperluan nutrisi makanan kucing pada usia tertentu

✔ Keperluan nutrisi makanan kucing pada usia tertentu

Keperluan nutrisi makanan kucing pada usia tertentu

.

Keperluan nutrisi makanan kucing pada usia tertentu

.

 

Kucing memerlukan makanan khusus pada masa tertentu, misalnya ketika sakit atau tua.

Terdapat makanan khusus untuk keadaan kesihatan kucing dijual di pasaran. Antaranya adalah makanan untuk kucing berpenyakit jantung, gangguan pencernaan, penyakit saluran kencing dan obesiti.

Sekiranya catlovers merasa kucingnya memerlukan pola makan khusus, mintalah nasihat doktor haiwan

 

.

KUCING HAMIL

.

Keperluan nutrisi makanan kucing pada usia tertentu

.

 

Tanda pertama dari kehamilan kucing mungkin tidak dapat dilihat melaui saiz perutnya yang membesar, tetapi dapat dilihat daripada kucing semakin berselera untuk makan .

Saat ini yang menjadi tumpuan adalah perkembangan rahim, jadi kucing memerlukan makanan yang sedikit tetapi kerap, boleh sampai empat kali dalam sehari.

Jumlah makanan yang diberikan tidak boleh melebihi dari satu pertiga jumlah makanan sebelumnya.

Selalu sediakan makanan kualiti yang terbaik contohnya makanan untuk kitten yang lebih kaya protein dan juga berikan makanan mentah seperti daging lembu/kambing atau dada ayam. boleh juga berikan daging untuk kucing.

Daging ini lebih baik berbanding daging biasa kerana mengandungi tulang hancur ( kalsium ) dan lemak ( asid lemak ).

Makanan berkhasiat sangat penting pada tempoh ini.

.

IBU KUCING MENYUSU

.

Keperluan nutrisi makanan kucing pada usia tertentu

.

 

Untuk mengekalkan jumlah susu yang diperlukan anak-anaknya, induk betina harus makan sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada biasanya.

Dalam masa ini, pengambilan makanan perlu berkualiti tinggi, iaitu makanan walau dalam jumlah sedikit tetapi kaya akan tenaga dan nutrisi.

Produk makanan kucing untuk masa menyusui sangat mudah didapati di petshop.

Sebagai alternatif, boleh juga menggunakan makanan anak kucing yang kaya dengan protein ataupun daging untuk kucing.

.

ANAK KUCING

.

Anak-anak Anak kucing menyusu kepada ibunya secara eksklusif pada tiga atau empat minggu pertama kehidupannya. Ketika mereka lebih perhatian pada sekelilingnya, mereka boleh saja merasa sedikit makanan induknya, ini merupakan tanda anak kucing sudah siap bercerai susu. Induknya akan tetap meneruskan merawat anak-anaknya sampai umur tiga bulan. Apabila anak-anak kucing mencapai umur lapan minggu, bahagian terbesar dari cara pemakanan biasanya disiapkan oleh pemiliknya. Dalam masa ini anak kucing akan makan dengan sangat lahap. Catlovers harus boleh mengawal pola makan mereka. Kalau tidak akan menyebabkan masalah pencernaan. Pastikan mereka makan secukupnya untuk menjaga pertumbuhannya tetap sihat. Proses bercerai susu sebaiknya dilakukan secara perlahan dan anak kucing diberi makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanan yang disajikan adalah yang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan dengan dipotong kecil-kecil agar lebih mudah digunakan. Cara yang paling mudah dalam proses bercerai susu adalah dengan menggunakan makanan yang sudah siap sedia, produk makanan kucing yang berkualiti tinggi, baik dalam bentuk kering atau dalam bentuk bungkusan tin. Selama proses bercerai susu, makanan bungkusan tin lebih disukai, kerana anak kucing tertarik dengan aroma dagingnya. Bagaimanapun, makanan kering juga kaya akan nutrisi dan terbukti berjaya. Rancang waktu makan secara cermat sehingga induk dan anak boleh makan dengan tenang, jauh dari gangguan haiwan lain atau gangguan lain didalam rumah.

.

Anak kucing menyusu kepada ibunya  pada 3 atau 4 minggu pertama kehidupannya.

Ketika anak kucing lebih peka pada sekelilingnya, mereka boleh saja merasa sedikit makanan induknya, ini merupakan tanda anak kucing sudah bersedia bercerai susu.

Induknya akan tetap meneruskan merawat anak-anaknya sampai umur 3 bulan.

Apabila anak-anak kucing mencapai umur 8 minggu/2 bulan, sebahagian besar nutrisi diperoleh dari makanan kucing/kibbles.

Dalam masa ini anak kucing akan makan dengan sangat lahap.

Anda harus boleh mengawal pola makan mereka.

Kalau tidak akan menyebabkan masalah pencernaan.

Pastikan mereka makan secukupnya untuk menjaga pertumbuhannya tetap sihat.

Proses bercerai susu sebaiknya dilakukan secara perlahan dan anak kucing diberi makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

Makanan yang disajikan adalah yang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan dengan dipotong kecil-kecil agar lebih mudah digunakan.

Cara yang paling mudah dalam proses bercerai susu adalah dengan menggunakan makanan yang sudah siap sedia, produk makanan kucing yang berkualiti tinggi, baik dalam bentuk kering atau dalam bentuk bungkusan tin.

Selama proses bercerai susu, makanan bungkusan tin lebih disukai, kerana anak kucing tertarik dengan aroma dagingnya.

Bagaimanapun, makanan kering juga kaya akan nutrisi dan terbukti berjaya. Rancang waktu makan secara cermat sehingga induk dan anak boleh makan dengan tenang, jauh dari gangguan haiwan lain atau gangguan lain didalam rumah.

“Apabila berumur 8 minggu, anak kucing sebaiknya diberi makan sedikit tetapi kerap. Kurangkan hidangan dan kekerapan pemberian makan jika anak kucing kelihatan obesiti. Kebiasaannya, anak kucing diberi makan empat kali atau lebih. Secara perlahan kurangkan menjadi 3 kali makan ketika berumur 3 hingga 4 bulan dan 2 kali makan ketika berumur 6 bulan.”

.

KUCING DEWASA

.

Keperluan nutrisi makanan kucing pada usia tertentu

.

 

Kaedah pemberian makan secara perlahan dapat dikurangkan menjadi 2-3 kali apabila kucing dewasa berumur 9 hingga 12 belas bulan.

Anda perlu memberikan makanan ringan di pagi hari, dengan makan utama di malam hari.

Maksudnya, berikan kibbles/biskut kucing pada waktu siang dan wetfood/makanan mentah/masak pada waktu malam

Jika anda mempunyai kucing dengan pertumbuhan yang lambat, sangat penting untuk memastikan cukupnya pengambilan makanan berkualiti tinggi pada masa pertumbuhannya.

Pemberian makan dua atau tiga kali makan secara rutin dalam sehari dengan kandungan berat protein lebih daripada 30 peratus. ( kebanyakkan makanan kucing gred premium seperti royal canin atau equilibrio mempunyai lebih dari 30% protein)

.

KUCING TUA

.

keperluan nutrisi makanan kucing usia tertentu

.

Pada usia anak-anak dan dewasa, kucing memerlukan protein untuk pertumbuhan, memperbaiki tisu yang rosak, dan juga sebagai sumber tenaga yang penting.

Apabila kucing sudah lanjut usia, ia akan menjadi kurang aktif, organ utama menjadi kurang berfungsi dan keperluan akan protein pun akan berkurangan.

Jika berterusan diberikan makanan tinggi protein sedangkan protein diperlukan hanya dalam kuantiti yang sedikit, maka akan terjadi penyakit akibat pengumpulan protein yang berlebihan.

Protein yang berlebihan ini akan ditapis oleh buah pinggang dan hati, kerana protein perlu dikeluarkan dari tubuh.

Buah pinggang kucing tua biasanya sudah tidak berfungsi dengan baik ,jadi buah pinggang memerlukan lebih banyak air untuk mengeluarkan zat yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Akibatnya tubuh akan berusaha meningkatkan rasa dahaga pada kucing dan kucing akan kencing lebih banyak.

Cara ini berkesan untuk membuat racun keluar dari tubuh, tetapi pada masa yang sama vitamin dan mineral penting juga hilang.

Diperlukan juga peningkatan jumlah lemak untuk memastikan cukup penghasilan tenaga.

Karbohidrat (seperti tepung dan gula) harus dielakkan, kerana sukar dicerna oleh kucing tua serta boleh menyebabkan cirit-birit dan beberapa masalah lain.

Kadang-kadang kucing tua akan mengalami penurunan berat badan walaupun makan lebih banyak

 

 

 

Leave a Reply