✔ CORAK BULU KUCING : TABBY

✔ CORAK BULU KUCING : TABBY

CORAK BULU KUCING : TABBY

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

TABBY

.



Apa itu corak bulu kucing TABBY?
TABBY adalah corak bulu kucing yang berjalur seperti harimau. Corak TABBY sering dikaitkan dengan kucing terutamanya kucing kampung/domestik.

TABBY bukan merujuk atau mewakili baka kucing tersebut.
Sebagai contoh;

  • kucing yang bercorak TABBY MACKERAL sering dirujuk sebagai Domestic Cat, Kucing Kampung, Kucing Biasa dan Kucing Jalanan.
    KENAPA?
  • ini kerana kebanyakkan kucing dijalan berwarna TABBY, malah ada laporan yang mengatakan lebih dari 50% kucing berwarna TABBY.
  • Kucing yang bercorak TABBY CLASSIC / MARBLE  pula sering dilabel sebagai kucing hutan atau bengal. Tapi jangan terpedaya TIDAK semua kucing yang bercorak TABBY CLASSIC atau MARBLE adalah kucing BENGAL.
    Tidak dinafikan Kucing Hutan atau Bengal sering mempunyai corak Classic Tabby, tapi tidak bermakna semua kucing Classic Tabby adalah kucing Hutan atau Bengal.

Di Malaysia, kucing TABBY dianggap biasa, tetapi tahukah anda sebenarnya di beberapa buah negara di eropah, kucing tabby dianggap sebagai istimewa.

Ini kerana warna dan coraknya, TABBY dikatakan sebagai warna asal kucing sejak zaman purba.


FAKTA yang menarik tentang TABBY

****Salah satu tanda yang unik pada kucing tabby adalah huruf
“M”
yang terletk ditengah dahi kucing tersebut

.

CORAK M PADA KEPALA KUCING TABBY
.
Keunikan huruf “M” pada kepala kucing corak tabby
.
Terdapat pelbagai pendapat mengenai huruf  “M” yang menjadi trademark kucing tabby ,
antaranya ia dikatakan membawa maksud  ;

  • sempena
    nama rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadikan kucing adalah
    haiwan kesayangan baginda
  • “M” bererti  “magnificent” , anggun , cantik dan menawan
  •  sempana
    nama “mau”, nama yang dipanggil sebagai ganti diri kucing di zaman purba mesir
    (seperti meow)
  • “meow”
    panggilan manja atau ganti yang sering digunakan
  • Mariam
    “Virgin Mary” bagi penganut kristian

.

 Cuba perhatikan pada kucing anda, adakah sama seperti gambar di bawah :
CORAK BULU KUCING : TABBY
.

TABBYdiklasifikasikan kepada beberapa kategori mengikut
corak yang dihasilkan.Terdapat 4 jenis TABBY iaitu
  1. Mackerel (domestic) Tabby
  2. Classic (marble) Tabby
  3. Ticked Tabby
  4. Spotted Tabby
 .

 

Mackerel Tabby (domestic)

CORAK BULU KUCING : TABBY
•    Mempunyai jalur yang lurus dan menegak, dan biasanya agak
melengkung dibahagian badan
•    Jaluran agak halus dan semakin mengecil dan putus putus
dibaghagian rusuk  dan abdomen
•    Selalunya mempunyai bentuk “M” di dahi
•    Mempunyai batang hidung yang lebar dan berbintik hitam atau
gelap di bahagian bawah hidung
•    Ada juga yang menggelarnya sebagai “fishbone tabby”
disebabkan jaluran seperti isi ikan tambahan pula dinamakan sempena ikan
tengiri (mackerel)
•    Tabby jenis ini palaing banyak didapati

.

Classic Tabby ( marble )

CORAK BULU KUCING : TABBY
•    Ia dipanggil “classics” kerana bentuknya yang klasik dan elegan
•    Juga dikenali sebagai “marble” atau “blotched” . Kelihatan seperti corak marmar atau kek marble
•    Ia cenderung mempunyai warna yang gelap dan hitam
•    Juga mempunyai huruf “M” di dahi seperti mackerel tabby
•    Bezanya , classic tabby mempunyai pusar dibadan, dan ia bercorak berpusar atau berputar
•    Jalurannya lebih lebar berbanding mackerel
•    Mempunyai corak seperti “butterfly di bahagian bahu” dan “bullseye” atau “oyster” di bahagian rusuk.

.

Spotted Tabby
CORAK BULU KUCING : TABBY
  • Spotted tabby bukanlah corak yang sebenar ia tebentuk dari pecahan mackerel tabby
  • Perubahan pada jalur mackerel yang berpecah  menghasilkan corak berbintik dan tompok
  • Ia kelihatan seperti berbintik-bintik atau bertompok-tompok dibahagian badan
  • Terdapat juga yang mempunyai tompok besar yang dipercayai terhasil dari pecahan corak “classic tabby”

 

Ticked Tabby 

CORAK BULU KUCING : TABBY

  • corak ini terhasil bukan disebabkan oleh jaluranya , tetapi
    terhasil kerana bulunya yang mempunyai warna berbeza.
  • Pemecahan warna pada bulu menyebakan warna kelihatan
    seperti campuran taburan garam dan lada hitam
  • Kesan jaluran tabby yang masih teringgal boleh kelihatan di
    bahagian muka, bawah kaki, perut dan hujung ekor

.

Torbie

CORAK BULU KUCING : TABBY
•    Kombinasi antara warna antara tabby dan tortoiseshell
sering dipanggil sebagai “torbie”

 

Leave a Reply