✔ WARNA dan CORAK bulu kucing

✔ WARNA dan CORAK bulu kucing

WARNA dan CORAK bulu kucing

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

warna dan corak bulu kucing

.

 

Macam mana nak kenal WARNA dan CORAK bulu kucing?
Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza terhadap kepelbagaian bulu kucing, Teruskan membaca ya!

Tidak dinafikan ramai yang tertarik dengan kucing kerana sifatnya yang manja, tapi tidak dinafikan juga kebanyakkan pemilik kucing tertarik dan terpersona dengan warna dan corak bulu kucing.

Malah sesetengah baka warna dan corak pada bulunya membuat harganya mencecah ribuan ringgit.

Sebagai permulaan saya akan berkongsi kepentingan mengenali warna dan corak bulu kucing.

Perkara penting yang perlu anda tahu! 

Sebelum memilih kucing, anda perlu tahu beberapa elemen yang menentukan nilai harga kucing iaitu :

  • BAKA
  • JENIS bulu
  • WARNA bulu
  • CORAK bulu

Anda perlu faham keempat-empat elemen ini adalah berbeza namun saling berhubung kait.

.
Kepentingan mengenali warna dan corak bulu kucing ini 

Dengan mengetahui warna dan corak bulu kucing  ia akan membantu anda mengenali baka-baka tertentu dan juga jantina kucing tersebut.

Menarik bukan, mengenali jantina? macam mana tu… takpe jom baca lagi.

.

Kaitan antara WARNA dan CORAK BULU dengan BAKA KUCING.

  1. Sesetengah baka kucing mempunyai warna tersendiri, di mana baka kucing tersebut hanya mempunyai satu warna.
    Sebagai contoh baka Russian Blue,semua kucing berbaka ini berwarna BLUE (kelabu)
    TETAPI ini tidak bererti semua kucing yang berwarna BLUE (kelabu) adalah Russian Blue

    russian_blue
    russian blue
  2. Ada juga baka kucing mempunyai corak warna tersendiri, di mana baka kucing tersebut mempunyai corak warna sendiri.
    Sebagai contoh baka Bengal, semua kucing berbaka ini mempunyai corak bulu tabby sama ade spotted, marble atau “rosseted”.

    bengal
    BENGAL ROSETTED

    .

Kaitan antara WARNA BULU dengan JANTINA KUCING.



  1. Semua kucing yang mempunyai 3 warna , iaitu putih, oren dan hitam adalah kucing BETINA. Tidak kira sama ada mereka mempunyai warna CALICO atau TORTOISESHELL kucing tersebut adalah betina.
  2. Ini kerana ia berkait rapat dengan gene yang terdapat pada kucing tersebut

Disebabkan keunikan corak dan warna bulu kucing , pelbagai kajian genetik telah dijalankan bagi memahaminya.

Ia memakan masa yang bertahun lamanya sebelum para pengkaji memahami bagaimana kombinasi warna dan corak yang menaik ini terhasil.

Di dalam entri ini saya tidak akan merungkai persoalan kompleks tersebut kerana ia perlu dibincangkan secara terperinci.

Walaubagaimanapun jangan kecewa, saya akan membincangkan warna dan corak asas kucing anda.

Saya pasti setelah habis topik ini anda pasti terpersona dengan keindahan corak dan warna si comel.

BERSAMBUNG…….

Leave a Reply