✔ Cara merawat kucing keracunan

✔ Cara merawat kucing keracunan

CARA MERAWAT KUCING KERACUNAN

.

cara merawat kucing keracunan

.

.
.
Dapatkan di kedai online kami :
.
.
***pembelian rm35 ke atas dari kedai online kami akan mendapat PERCUMA POS ( gunakan voucher FREE SHIPPING dari kami sebelum CHECKOUT/SEMAK KELUAR
,
,

Kucing sering bersentuhan dengan perkara yang boleh membuat kucing keracunan hampir setiap hari.

Ada pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat si kucing keracunan, seperti tanaman , ubat manusia, racun perosak, cat dan bahkan beberapa makanan manusia.

Antara tanda kucing keracunan adalah:

.
– Perubahan warna pada kulit dan mulut
– Perubahan pada pernafasannya
– Peningkatan jumlah air liur atau mulut menjadi kering
– Menggosok mulutnya pada permukaan
– Menggaru-garu wajah dan mulutnya
– Nafas kering
– Muntah
– Tremor otot (pengecutan otot)
– Lemas
– Gelisah
– Cirit-birit atau sembelit

.

Bagaimana Kucing Boleh Terkena Racun?

.

Secara umum, kucing keracunan melalui tiga cara, iaitu:

1) Makanan

2) Sentuhan

3) Udara

.

cara merawat kucing keracunan

.

Racun yang ditelan :

Kesan daripada menelan bahan beracun akan berbeza-beza bergantung pada

-saiz haiwan

-kuantiti racun

-jenis racun

-tahap metabolisme kucing

-tahap imunisasi ( daya melawan penyakit ) kucing

Tanda keracunan akibat ditelan :
– Muntah
– Cirit-birit
– Keluar air liur
– Sakit perut
– Kejang
– Perubahan perilaku

Contoh racun yang boleh menyebabkan gangguan dan keracunan seperti: antifreeze, pembunuh rumpai, minyak, pelarut pembersihan, cat, dan tanaman.

.

Racun yang tersentuh:

Tanda keracunan akibat sentuhan boleh di kesan di kawasan sentuhan seperti, tapak kaki, kulit dan gusi.

Tanda keracunan akibat sentuhan :
– iritasi / muncul bintik merah pada kulit
– Kemerahan pada kulit
– Kulit mengelupas
– Bulu menjadi gugur
– Pembengkakan
– Sakit

Bahan berbahaya yang menyebabkan keracunan melalui sentuhan adalah seperti cecair pelarut (clorox), sabun dan racun serangga.

Racun yang dihidu:

Tanda keracunan melalui pernafasan :
– Bersin
– Batuk
– Gusi dan bibir kebiru-biruan
– Sesak nafas

Bahan berbahaya yang menyebabkan keracunan melalui pernafasan adalah seperti, wap dari cat, pembersihan dan asap

 

Apakah Ubat Untuk Kucing Keracunan?

.

cara merawat kucing keracunan

.

Tidak ada ubat yang boleh menyembuhkan semua jenis keracunan!

Kita harus mengetahui apa penyebab kucing keracunan dan bagaimana cara kucing keracunan.

Namun ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan ketika kucing kita keracunan.

– Tenangkan diri dan buang sumber racun
– Segera hubungi doktor haiwan untuk memberitahu bahawa kita sedang menuju ke sana
– Biarkan doktor haiwan tahu apa jenis racun yang kita disyaki menjadi penyebabnya
– Katakan pada mereka gejala dan ciri-ciri keracunan pada kucing kita
– Selimuti kucing kita dengan selimut hangat dan bawa ke rumah sakit dengan kedudukan kepala lebih rendah daripada badan (untuk membolehkan sisa racun yang berada mulut keluar)
– Jika kucing mengalami kejang-kejang atau hiperaktif, bungkus dengan ketat dalam selimut untuk menjaga si kucing agar tidak mencederakan diri sendiri, dan bawa ke doktor haiwan secepat mungkin.

.

Apakah Pertologan Kecemasan ( first aid ) yang boleh dilakukan?

.

Cara merawat kucing keracunan

.

Jika kita mengesyaki bahawa kucing kita keracunan tetapi kita tidak boleh segera ke klinik haiwan, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan di rumah hingga kita boleh membawanya ke doktor haiwan.

.
Termakan Racun: berikan meneutralkan racun atau penawar racun pada kucing

.
Tersentuh Racun: Cuci kawasan yang tersentuh racun pada kucing dengan air yang banyak

.
Terhidu racun: Bawa kucing kita keluar rumah untuk memberikan udara segar

.
Semak Label Racun: Sesetengah racun mempunyai label pertolongan cemas sekiranya keracunan bahan tersebut. Sila semak pada label racun tersebut

.
– Jika si kucing tidak sedarkan diri, jangan cuba memberikan apa-apa melalui mulutnya.

.
– Jika kucing muntah, simpan bahan muntahannya sehingga doktor haiwan dapat menilai dan menganalisa jika perlu.

.
– Bawa kucing ke doktor haiwan dengan SEGERA

.

 

Berikut ini beberapa tips agar kucing kita tidak keracunan

.

Di dalam rumah:

– Awasi kucing kita

– Jaga tanaman hiasan di mana kucing tidak boleh menjangkaunya. Mengumpul daun / kelopak tanaman yang gugur.

– Jauhkan racun perosak di mana kucing tidak boleh mengaksesnya

– Jika kita sedang merawat haiwan kesayangan lain dengan racun serangga, pisahkan mereka dari haiwan kesayangan lainnya

di luar rumah:

– Pastikan kawasan yang boleh diakses oleh kucing bebas dari tanaman beracun.

– pastikan bekalan air yang diminum oleh kucing tidak tercemar dan gantilah secara rutin

Leave a Reply