✔ Memelihara kucing perlukan komitmen tinggi

✔ Memelihara kucing perlukan komitmen tinggi

KUCING

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

Haiwan peliharaan terutamanya kucing berbulu lebat, bagaikan magnet yang sering kali menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, kucing yang mempunyai pelbagai kriteria itu memerlukan penjagaan rapi malah, bukan calang-calang orang boleh memiliki dan memelihara kucing.

“Penjagaan rapi bermaksud menjaga secara keseluruhan. Ia bukan sahaja melibatkan pemakanan dan penjagaan badan haiwan itu tetapi tempat tinggal dan suhu memainkan peranan yang penting,” kata pemilik Ambriati Cattery, Norhayati Abd. Aziz, 40.

Norhayati memberitahu, kateri miliknya berjaya melahirkan kucing baka British Shorthair yang mencapai piawaian untuk menyertai pertandingan pameran kucing.

Kateri merupakan badan khas untuk program pembiakan kucing dan Ambriati Cattery telah diperakui oleh Persatuan Pemeliharaan Kucing (CFA), Amerika Syarikat.

Kateri bukan sahaja berfungsi sebagai organisasi pembiakan haiwan itu tetapi menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti pameran kucing di peringkat antarabangsa.

Anak kelahiran Johor itu berkata, dia memilih baka British Shorthair dan Exotic Shorthair sebagai pilihan kerana personaliti haiwan tersebut.

“Kedua-dua jenis baka ini memang terkenal dengan sifatnya yang manja, tenang, penyayang dan tidak terlalu aktif. Bentuk badan yang berotot dan tampak maskulin menyebabkan saya tertarik dengan baka ini,” jelas Norhayati yang mempunyai 13 ekor kucing baka British Shorthair dan empat ekor Exotic Shorthair.

Baka kucing jenis British Shorthair dipercayai baka tertua dari England. Pada awalnya, baka itu terkenal dengan kekuatan fizikal dan kebolehan memburu tetapi kini, haiwan tersebut lebih bersifat santai.

British Shorthair pernah dikategorikan sebagai kucing jalanan di Britain suatu ketika dahulu. Apabila pihak pemuliharaan membantu kucing itu, baka tersebut berubah menjadi kucing cantik dan berjaya mencuri tumpuan orang ramai ketika pertama kali dipertandingkan pada 1980.

Walaupun baka yang bersaiz sederhana itu bersifat santai, ia senang untuk diajar dan mudah bermesra dengan manusia.

Tidak semua kucing yang mempunyai warna kelabu kebiruan dikategorikan sebagai British Shorthair kerana spesies itu mempunyai pelbagai warna dan corak pada badannya.

KESIHATAN

.

KUCING

.

Sementara itu, Exotic Shorthair pula lebih dikenali sebagai kucing Parsi. Hakikatnya, kucing Parsi tergolong dalam baka berbulu panjang sebelum dikenali sebagai Exotic Shorthair.

Bulu kucing Exotic Shorthair lebih lebat, tebal dan pendek berbanding baka biasa. Pada masa sama, ia juga mempunyai bulu yang teksturnya lebih lembut, bulat dan gebu ibarat seperti karpet baldu.

Menurut Norhayati, dia membiakkan kedua-dua baka itu atas tujuan untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Sesuatu yang membanggakan apabila baka-baka itu sering dinobatkan sebagai juara.

Norhayati menceritakan, komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjaga kedua-dua baka itu. Misalnya, sangkar kucing perlu dibersihkan sebanyak dua kali setiap hari.

“Ia bertujuan untuk menjaga kesihatan dan bulu haiwan itu supaya sentiasa bersih, sihat dan berkilat. Pengudaraan juga memainkan peranan penting bagi memastikan kualiti bulu kucing berada dalam keadaan baik,” katanya yang telah berkecimpung dalam bidang itu selama lapan tahun.

Mengulas mengenai aspek pemakanan, Norhayati hanya memilih makanan yang terbaik untuk haiwan kesayangan itu.

“Setiap kucing saya mempunyai cita rasa yang berbeza. Ada yang suka makan makanan dalam tin, basah dan campuran.

“Saya akan pastikan kucing-kucing ini mendapat protein, zat, vitamin dan tenaga yang diperlukan,” katanya yang turut memelihara haiwan lain seperti tikus Belanda.

Sementara itu, Ketua Pembangunan Pelanggan, Pakar Dagangan Haiwan Peliharaan di Mars Malaysia dan Singapura, Dr. Susan Wan memberitahu, kucing ialah haiwan peliharaan yang unik dan memerlukan gaya pemakanan berbeza daripada anjing.

“Anjing dikategorikan dalam kumpulan haiwan omnivor yang makan daging dan tumbuh-tumbuhan tetapi kucing bersifat karnivor.

“Ia memerlukan nutrisi yang diperoleh daripada daging,” jelas Susan yang telah 13 tahun berkecimpung dalam bidang kesihatan haiwan.

Ikan merupakan salah satu contoh pemakanan yang baik untuk kesihatan kucing. Ia mengandungi protein yang tinggi di samping omega-3 dan omega-6 untuk menjadikan bulu cantik serta mata bersinar.

DIET PEMAKANAN

.

KUCING

.

Selain itu, kucing juga memerlukan taurina dalam diet pemakanan. Kebiasaannya, taurina yang terdapat dalam daging dan ikan mampu membekalkan tenaga untuk badan haiwan itu.

Kesemua nutrisi seimbang itu boleh didapati dalam makanan kucing yang terkenal di Malaysia.

Terdapat juga ramuan tambahan dalam makanan itu untuk membantu kucing mengeluarkan gumpalan rambut dalam mulut (hair ball).

Susan menasihatkan orang ramai supaya memantau pemakanan kucing masing-masing dan mengelak daripada memberi makanan berkarbohidrat kerana ia tidak sesuai dengan kucing.

“Walaupun kita gemar memberi makanan, ia tidak semestinya baik untuk kesihatan kucing itu. Ia boleh memudaratkan dan menyebabkan kucing berada dalam kesakitan,” bicaranya.

Lazimnya, Susan sering menerima kes iaitu pemilik memberi ubat demam atau paracetamol kepada kucing ketika haiwan itu sakit. Akibatnya, nyawa kucing itu di ambang maut.

Coklat juga amat berbahaya kerana kafein yang terkandung dalam coklat terlalu tinggi untuk kucing. Begitu juga dengan bawang merah dan putih yang berpotensi untuk merosakkan sel darah merah.

Kismis dan anggur sangat baik untuk kesihatan manusia tetapi berbeza kesannya kepada kucing. Kedua-dua makanan itu boleh menyebabkan kucing mengalami masalah anemia atau kekurangan sel darah merah dan kerosakan buah pinggang.

“Oleh yang demikian, pemilik tidak digalakkan untuk memberi makanan yang sebarangan. Ia mungkin baik untuk kita tetapi memudaratkan kucing anda,” tuturnya.

Leave a Reply