✔ UMUM

✔ UMUM

PENYAKIT KUCING SECARA UMUM

.

PENYAKIT KUCING
.

Dengupan jantung (Heart murmur):

.
_Terjadi kerana ketidakstabilan pada injap jantungnya menyebabkan tidak sekata aliran darah ke jantung dan terhasil dengkuran yang kuat ketika bernafas.

Anak kucing selalunya menunjukan tanda sebegini namun akan berubah menjadi normal ketika membesar.

Terdapat juga kucing yang mengalaminya tetapi masih hidup dengan sihat sepanjang hayatnya.Risikonya rendah baginya untuk mendapat penyakit jantung.

IBD (Inflammatory Bowel Desease)

.

Dikenali sebagai radang usus dan penyakit ini menyebabkan muntah yang kerap,cirit yang berterusan.

Disebabkan alergik pada makanan,jangkitan bakteria serta kelemahan daya imunisasinya._

Virus FIV

.
_Virus ini dianggap seperti AIDS untuk kucing dan merebak melalui pengaulan dengan kucing yang dijangkiti samada ketika bermain,bergaduh dan sebagainya.

Virus ini boleh membawa maut kerana ianya menyerang imun sistem kucing namun begitu tidak merebak kepada manusia.

Kucing yang dijangkiti akan berhingus,muntah,cirit dan demam yang teruk dan perlu diasingkan dari kucing yang lain.

FIA Feline Infectous AnaemiaDisebabkan oleh parasit mikro yang akan menyerang sel darahmerah dan mengaibatkannya kekurangan sel darah merah didalam badan kucing._

Barah

.
_Pelbagai jenis barah boleh dijangkiti kucing seperti barah kulit,darah,barah tulang,barah rahim dan sebagainya.

Tandanya yang ketara adalah bahagian alat sulitnya sentiasa berdarah dan juga boleh dikesan melalui sebarang ketumbuhan di badannya.

Kebanyakan barah dapat diubati jika dikesan dan rawat pada peringkat awal dan kucing yang tua terdedah pada penyakit ini_

Rabies

.
_Penyakit ini sama seperti penyakit anjing gila dan ianya akan melumpuhkan sistem saraf serta boleh membawa maut keranatiada ubat khas untuk rawatan penyakit ini.

Tandanya adalah perubahan sikap,sukar menelan,pengeluaran air ludah yang berlebihan,depress serta keadaan kebingungan.Ianya merebak melalui air liur dari yang dijangkiti kerana gigitannya ataupun luka yang terdedah.

Vaksinisasi adalah cara yang terbaik untuk mengelakkannya.Sakit buah pinggang:Selaluya terjadi pada kucing yang sudah tua dan tandanya adalah selalu dahaga yang keterlaluan,kerap kencing,muntah-muntah,hilang selera makan serta lesu dan banyak tidur._

Pneumonia

.
_Disebabkan bakteria ataupun virus dan tandanya seperti batukyang kasar,darah pekat keluar melalui hidung ,nafas yang kuatserta demam.Antibiotik secara umumnya untuk rawatan bersertakan terapi._

Chamydia

.
_Penyakit ini sangat mudah merebak termasuk kepada manusia,tandanya adalah kepedihan dimata dan hidungnya bersertakan bersin,beringus,mata berair, selalu mengeluarkan air liur serta batuk_

Cystitis (Batu Karang):

.
_Gangguan di pundi kencing samada terdapat batu karang ataupun jangkitan kuman.Ianya sangat menyakitkan.

Tandanya kerap kencing,kencing berdarah, selalu teran untuk membuang air,muntah serta kembung._

 

 

.

PENYAKIT KUCING PARSI ( UMUM )

Walaupun kebanyakan Kucing Parsi dibela di dalam rumah”indoor cat” namun ada beberapa penyakit yang berkemungkinan paling mudah dihidapinya kerana faktor baka/keturunannya dan juga faktor fizikal tubuh badannya adalah berkaitan jantung dan buah pinggang.

Jantung:

keadaan hidungnya yang kecil mungkin penyebabnya–>

.
1)Hypertrophic cardiomyopathy

iaitu sejenis penyakit jantung yang paling banyak dihidapi kucing parsi berbanding kucing baka lain.

Keadaan otot jantung yang menebal & mengecil dan menyebabkan kurangnya darah yang dapat dipamkan sebaik mungkin.
Penyakit jantung ini lebih mudah dihidapi kucing persian jantan dan boleh dihidapi di semua lapisan umur tetapi kucing dewasa adalah yang paling banyak.

Kucing persian tidak menunjukkan sebarang tanda menghidapi penyakit ini,malah nampak begitu sihat tetapi diantara tandanya adalah keletihan,kurang selera makan dan muntah.

2)Dilated cardiomyopathy
ini juga masalah jantung yang disebabkan otot jantung yang menebal serta mengecilkan saluran darah dan mengugat keberkesanan pam jantungnya.

Masalah ini kebanyakan dihidapi hanya oleh kucing parsi dewasa dan jarang sekali berlaku pada anak-anak kucing.

Pemberian makanan yang mengandungi asid amino yang tinggi dapat membantunya dan berisiko tinggi bagi kucing yang suka memakan baki makanan kita.

.

Masalah buah pinggang

.
disebabkan penyakit keturunan/bakanya.

Polycystic Kidney Disease (PKD),iaitu masalah batu karang”cysts”buah pinggang yang dihidapi kucing kerana faktor keturunannya dan dalam tahun 1967 adalah yang pertama dikesan masalah ini pada kucing yang boleh dihidapi padakucing parsi serta kucing kacukan parsi.

Walaupun anak kucing yang dilahirkan mempunyai masalah ini,ia tidak menunjukkan sebarang masalah kerana masih dalam pembesaran dan hanya meunujukkan kesannya ketika beumur 3-10 tahun.(selalunya 6 tahun keatas)

Jika anak kucing yang dilahirkan mengalami masalah yang serius buah pinggangnya,selalunya akan mati ketika berumur 2 bulan.Kucing dewasa pula, jumlah batu karang “cysts”bertambah dan mengugat fungsi buah pinggang serta merosakkan tisu.

Tanda-tandanya:*.Kencing kerap dan banyak*.Banyak minum air*.Tidak mahu makan “Anorexia”*.Depression*.Kurus*.Bulunya tidak elok

Yang terbaik adalah memberi kucing parsi memakan yang berkualiti tinggi ataupun “premium catfood” seperti Royal canin,Iams,Scienceplan yang lebih mementingkan diet seimbang untuk kucing bukannya yang biasa & murah kerana makanan ini lebih bergantung kepada jumlah karbohirat tinggi serta rendah protein kualitinya*

Leave a Reply