✔ PERSIAN

✔ PERSIAN

KUCING PARSI ( PERSIAN )

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

Dapatkan ROYAL CANIN ADULT PERSIAN di kedai  online kami :

https://shopee.com.my/ROYAL-CANIN-free-shipping-full-variation-i.34104612.1621648980

.

KUCING PARSI

.

 

.

Baka kucing ini adalah salah satu baka yang sangat popular.

Dikenali dengan bulu panjang dan kembang yang boleh tumbuh sehingga 3 inci.

Warna popular ialah putih, hitam, kelabu, oren, atau kombinasi warna-warna ini.

Di samping itu, kucing jenis ini dianggarkan bernilai ribuan ringgit bergantung kepada kualiti dan baka yang tertentu seperti FLAT FACE dan juga SEMI FLAT FACE. ( kedua baka ini mempunyai variasi HIGH NOSE (tiada batang hidung) dan LOW NOSE )

.

kucing parsi
FLAT FACE (highnose)
kucing parsi
FLAT FACE (lownose)

 

 

Kucing baka Parsi yang mempunyai sijil kelahiran dan sijil baka yang berdaftar dari CFA adalah lebih mahal kerana ia dijamin kualiti datang dari jenis baka yang berkualiti dan baik.

Ciri-ciri kucing ini sangat unik kerana kucing ini suka memanjakan diri dengan pemiliknya.

 

Ciri-ciri 

  • Kepala

Kepala kucing Parsi besar dan bulat, dengan hidung yang pesek dan lebar yang memiliki kejelasan pembatas mata. Rahang mulutnya kelihatan kuat dan lebar, manakala pipi dan tulang pipi yang agak menonjol.

  • Telinga

Bentuk hujung telinga bulat dengan bahagian dasar agak melebar. Telinganya agak pendek dan mengiring ke hadapan.

  • Mata

Kucing Parsi memiliki mata yang bulat, luas dan lebar.

  • Badan

Memiliki dada yang lebar dan membulat. Ini kerana bulunya yang tebal dan panjang. Bahagian punggungnya juga sedikit membulat.

  • Kaki

Kaki kucing Parsi biasanya pendek, tebal dengan bulu dan agak besar.

  • Kuku

Memiliki kuku yang besar dan bulat. Kucing Parsi biasanya mempunyai jumlah lima jari di kaki depan dan empat jari di kaki belakang.

  • Bulu

Memiliki bulu yang panjang dan tebal menutupi seluruh badan. Bulu kucing parsi hendaklah sentiasa disikat untuk mengelakkan gumpalan bulu yang merosakkan bulunya.

  • Ekor

Bulu pada ekornya tebal, lurus dan panjang yang sesuai dengan keadaan badan.

.

Kucing Parsi

.

Personaliti

  • Biarpun saiznya agak besar, tetapi ketangkasannya sukar diduga!
  • Kucing Parsi sangat gemarkan sesi menyikat bulunya.
  • Ia juga mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
  • Suara mereka sangat perlahan selain perwatakannya yang menyenangkan.
  • Secara umumnya mereka adalah kucing yang pendiam, tenang dan selamba.
  • Kucing Parsi juga gemar bermain dengan cara mereka sendiri.

.

KELEBIHAN KUCING PARSI

MANJA

kebanyakan kucing memang manja kepada pemilik kucing, apalagi kalau anak kucing persian sangat suka di peluk atau di pegang (belai)

.
BULU LEBAT DAN PANJANG
Kucing ini mempunyai bulu yang panjang dan mengembang hampir serupa dengan Sulak atau kemoceng tetapi ada bangsa kucing tertentu atau campuran yang tidak seperti itu.

.

SUKA BERMAIN
Kucing persian ini sangat aktif dan suka bermain dengan siapa saja.

Oleh kerana itu sebagai pemilik kucing harus lebih sering bermain dengan kucing peliharaannya agar si kucing merasa senang dan bersahabat.

.
FLEKSIBEL
Kucing ini juga mudah bergaul dengan siapa saja baik itu orang baru atau haiwan atau jenis kucing lain, tetapi ingat proses perkenalan juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan hal yang baru. Tidak memakan masa yang lama.

.
KEKURANGAN KUCING PARSI

.

PERLUKAN LEBIH PERHATIAN 
Kita sebagai pemilik kucing juga perlu tambahan dalam memperhatikan binatang kesayangan kita

.

Apalagi dengan bulunya, kamu harus sering menyikat bulunya agar tidak ada bulu yang menggumpal hingga kusut, paling tidak dalam penyisiran atau penyikatan bulunya kira-kira 2 hari sekali.
.

HAIRBALL
Kerana bulu yang tersikat tidak hanya merapikan bulunya atau menghilangkan kusut pada bulu, tetapi juga akan meninggalkan sisa-sisa bulu gugur yang memang tidak ikut tersangkut dengan sikat kucing, maka dari itu kita juga harus memastikan bulunya agar tidak ada bulu gugur yang tinggal di badan kucing untuk mengelakkan hairball atau muntah bulu kucing ketika sedang mandi atau menjilat tubuhnya.

.
BULU MUDAH GUGUR
Ingat bahawa situasi cuaca persekitaran kucing juga akan memberi kesan kepada bulu kucing

Pergantian bulu juga akan membuat bulu kucing lemah sehingga mudah gugur.

Oleh kerana itu kamu harus memberikan vitamin atau makanan yang mengandungi minyak ikan salmon atau multivitamin lain agar kucing kamu terhindar dari keguguran

.
CARA MERAWAT KUCING PARSI

Sebenarnya untuk rawatan kucing parsi itu mudah, tidak berbeza dengan kucing jenis lain.

Pastinya kucing kamu dimandikan, diberikan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk memenuhi keperluan tubuhnya, membersihkan persekitaran kucing atau kandanganya secara berkala, dan rawatan bulu kucing (juga boleh kamu grooming) serta anggota badan lain seperti telinga, mata, mulut, dan lain sebagainya. Agar si kucing selalu sihat dan bersih

.
.
Dapatkan ROYAL CANIN dirumus khas untuk kucing persian di kedai online kami :
.
1) KITTEN
.
2) ADULT
.
***pembelian rm35 ke atas dari kedai online kami akan mendapat PERCUMA POS ( gunakan voucher FREE SHIPPING dari kami sebelum CHECKOUT/SEMAK KELUAR
.
.

Leave a Reply