✔ Mandulkan kucing

✔ Mandulkan kucing

Keperluan untuk MANDULKAN / KASI / KEMBIRI kucing (Cat Neuter/Spay)

.

Mandulkan kucing

.

Apabila soalan ini ditanya , saya selalu menjawab “Kalau u sayangkan kucing u, u neuter kan lah kucing u”.
Jadi bagi soalan pada tajuk hari ini, teman berpendapat : Ya, amatlah perlu kucing kucing kita dikasikan(spay/neuter) kerana ia memberikan banyak kebaikkan kepada kucing, populasi kucing dan manusia yang disampingnya.
 Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang kebaikan-kebaikan mengkasikan kucing di sini saya sertakan Fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM pada July 2002 yang mengharuskan mengkasikan haiwan kesayangan.
“All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.”

“Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.”

Sebelum menceritakan tentang kebaikan adalah perlu kita memahami apakah yang di maksudkan mengkasikan(neuter/spay)
Ia adalah melakukan pembedahan kecil keatas haiwan peliharaan kita dengan membuang/mengikat organ yang memproduksi benih kepada haiwan betina dan haiwan jantan.
Kasi adalah untuk kucing jantan dan mandul lebih spesifik kepada kucing betina.
.
.
.
.
Dapatkan UBAT PERANCANG KEHAMILAN KUCING di kedai online kami :
.
.
***pembelian rm35 ke atas dari kedai online kami akan mendapat PERCUMA POS ( gunakan voucher FREE SHIPPING dari kami sebelum CHECKOUT/SEMAK KELUAR
.
.
 .

Kebaikan Kembiri.

Populasi kucing liar, kucing tepi jalan, kucing terbiar dapat dikawal.
  • Beribu-ribu kucing terbiar di jalanan yang tidak menyelerakan kita untuk membela kerana comot, hodoh, luka sana-sini, kurus kering dan berpenyakit di luar sana.
  • Kalau kucing-kucing ini boleh bercakap kepada manusia mereka bercakap ‘wahai manusia, berilah aku tempat tinggal, makanan dan minuman, tempat membuang najis yang bersih dan selesa’.
  • Tetapi adakah kita hiraukan mereka.
  • Malahan kalau dia datang kepada kita sambil mengiau kita lansung tidak hiraukan dan ada yang mengkasari haiwan karnivor yang paling sempurna ciptaan tuhan. Pepatah “Jangan jadi sebahagian daripada masalah tetapi jadilah sebahagian daripada jalan penyelesaian”.
  • Bermula dengan seekor kucing anda boleh menyelamatkan 10,000 ekor kucing terbiar dalam tempoh 5 tahun..
    .

Kebaikan Dari Sudut Kesihatan.

Kucing Betina
  • Mengurangkan risiko kepada “mammary tumors” iaitu risiko penyakit barah payudara.
  • Menghapuskan risiko penyakit berkenaan rahim.(pyometra)
  • Mengurangkan risiko kepada TVT (Transmissible Venereal Tumour). Adalah sejenis penyakit barah yang boleh berjangkit melalui pengawanan.
  • Menghalang dari masalah mengandung kandungan dan masalah kelahiran.
Kucing Jantan
  • Mengurankan untuk terkena  TVT (Transmissible Venereal Tumour).
  • Menghapuskan risiko penyakit barah buah zakar.(Testicular cancer).
  • Sangat mengurangkan terkena penyakit “prostrate cancer dan anal gland cancer”. iaitu penyakit barah kelenjar prostat dan barah kelenjar dikawasan dubur.
  • .
Kebaikan Perangai atau Kelakuan Kucing.
  • Mengurangkan stress. Kucing merupakan seekor haiwan yang mempunyai pelbagai jenis masalah disebabkan stress.
  • Mengelakkan kucing daripada mencari pasangan untuk mengawan yang boleh menyebabkan:-
  1. Dilanggar kenderaan sewaktu keluar rumah mencari pasangan.
  2. Bergaduh dengan kucing lain menyebabkan luka-luka, serebak nya kutu dan jangkitan lain.
  3. Tersebarnya TVT (Transmissible Venereal Tumour).
  • Menghapuskan masalah menanda kawasan(territory) dengan pancutan urine yang mengeluarkan bau busuk yang kuat. Kucing pun tidak berbau busuk.
  • Menghapuskan masalah meragam, marah dan bising apabila sudah sampai waktu mengawan.
  • Setiap kucing yang sudah dikasi atau dimandulkan lebih tenang, suka bermain dan lebih bersifat “homely”.
“Kiranya anda menyayangi kucing anda pergilah ke Klinik haiwan terdekat untuk mendapatkan masa temujanji untuk mengkasikan atau memandulkan kucing anda. Kucing yang dikasi atau dimandulkan di dapati didalam banyak pengkajian sains membuktikan kucing yang dikasi atau dimandulkan lebih panjang umur berbanding yang tidak mengambil langkah ini.”

Leave a Reply