✔KUTU KUCING

✔KUTU KUCING

KUTU KUCING

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

KUTU KUCING

 .
Hari ini kita nak cerita sikit tentang musuh no.1 kucing iaitu Kutu kucing
Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap.
Cara makannya ialah menghisap darah.
Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahanpada kulit kucing sehingga mengakibatkan gatal-gatal dan jika  dibiarkan menjadi kronik ia boleh membawa maut kepada kucing.
.
.
Dapatkan UBAR KUTU di kedai online kami :
.
1) MANDIAN
.
2) PICIT BELAKANG TENGKUK
.
***pembelian rm35 ke atas dari kedai online kami akan mendapat PERCUMA POS ( gunakan voucher FREE SHIPPING dari kami sebelum CHECKOUT/SEMAK KELUAR
.
.
Ada pelbagai jenis kutu kucing.
.
Kutu ada 2 jenis kategori :
1)kutu badan
2)kutu telinga.
.
KUTU BADAN
.

.

 

Semua jenis kutu haiwan dan manusia adalah jenis penghisap darah. Kutu badan akan menjadikan kucing anda rasa tidak selesa dan gatal-gatal. Ini akan menyebabkan keguguran bulu, hilang selera makan kucing dan tidak baik untuk persekitaran nya. Keguguran bulu dan kurang selera makan kucing boleh membawa maut kepadanya. Manakala yang dimaksudkan ‘tidak baik untuk persekitaran’ disini membawa maksud tidak baik kepada tuan atau owner kucing dan keluarganya terutama kepada pengidap asma. Tetapi kiranya kucing kita bebas dari sebarang kutu insyaallah ianya tidak memberi kesan apa-apa kepada pengidap asma. Selain itu kutu badan pula boleh menghasilkan hama kucing yang mana hama kucing amat bahaya kepada manusia yang mengidap penyakit asma.
.
KUTU TELINGA
.
.
Kutu telinga adalah kutu yang paling bahaya kepada kucing dan dia sukar di pulihkan tanpa pemerhatian yang tinggi.
Kutu telinga juga menyebabkan ketidakselesaan kepada kucing seperti kutu badan.
Ia juga merbahaya kepada manusia yang mengidap asma.
Soalan yang biasa dengar dari peminat kucing
“Apa patut saya lakukan untuk menghapuskan kutu ni”.
.
Ok ada dua kaedah yang saya praktiskan terhadap semua kucing-kucing saya.
.
Pertama: Kutu perlu di basmi dari kucing. Bagaimana??? Ada berbagai-bagai jenis ubat  cegah dan bunuh kutu kucing di pasaran.Di sini saya ingin rekemenkan kepada korang satu jenis jenama yang paling mujarab dan berkesan serta mudah nak dibeli iaitu Frontline spray for cats (tick and flea control) untuk kutu badan dan Troy Ear Canker Drop untuk kutu telinga.
UBAT KUTU BADAN
Kedua:Persekitaran juga perlu di pastikan bersih supaya tiada agen-agen yang boleh membawa kutu ini. contohnya kiranya jiran kita membela anjing yang tidak dikawal kebersihannya ia boleh menyebabkan kucing kita terlibat sama.
Anjing ini bertindak sebagai agen dan pembiak kutu. Jadi jauhi kucing anda daripada anjing yang kotor.
Kesimpulan di sini, ingin saya nyatakan semua jenis kutu adalah jenis parasit yang cepat membiak dan merebak pada kadar yang sangat cepat.
Kiranya korang mempunyai seekor kucing boleh la tahan… andai kata korang ada 10-15 ekor ia akan menyiksa dan memudaratkan korang juga kiranya dibiarkan kutu bermaharajalela.
Tip yang boleh korang dapat dari topik hari ini ialah pastikan rumah korang dan persekitaran tempat kucing korang lepak, pastikan bersih supaya parasit tiada peluang untuk hidup.
Tips Menyingkirkan Kutu Kucing
.
Untuk menghilangkan kutu pada kucing anda, pertama anda harus menyedari bahawa kucing anda mempunyai kutu.
Untuk memeriksa, anda boleh memisahkan bahagian-bahagian kecil bulu kucing anda dan melihat di celah-celah diantara bulu kucing anda. Jika anda tidak melihat kutu, anda harus menyedari bahawa mereka boleh menyembunyikan diri dengan sangat baik.
Saya selalu menggunakan sehelai kain basah putih bersih dan menekapkan pada kucing anda atau bulu anjing, anda akan dapat melihat apakah mereka mempunyai kutu ataupun tidak, dengan adanya tompokkan bintik-bintik berwarna coklat gelap diatas kain basah putih itu tadi.
Kutu meninggalkan bintik-bintik coklat gelap di belakang badan mereka, yang sebenarnya itu adalah tahi kutu(perkumuhan) (bukan telur ye ).
Tahi(perkumuhan) kutu adalah berwarna coklat atau merah kecoklatan bekas dari menghisap darah dari haiwan kesayangan anda.
Selain itu anda boleh terus membawa kucing anda ke veterinar yang terdekat atau kedai haiwan kesayangan yang ada memberi servis rawatan.
Jika anda yakin kucing anda mempunyai kutu, maka anda perlulah merawat rumah anda seperti berikut:

.

1. Yang terpenting, jika anda baru saja mempastikan ada kutu pada kucing anda, maka kuarantin kucing anda ke salah satu bilik.

.
2. Vakum seluruh rumah untuk menyingkirkan segala kutu dan kutu di lantai atau perabot.
.
3. Pastikan anda mencuci semua pakaian anda kerana sang kutu ini amat suka menyembunyikan diri di pakaian manusia.
.
4. Selanjutnya, cuci dan bersihkan serta vakum kesemua karpet anda. Sebaik-baiknya jemurkan semua karpet anda pada sinaran cahaya matahari secara terus selama sekurangnya 5-7jam.
.
5. Anda juga boleh menggunakan semburan kutu kawalan untuk menyingkirkan segala kutu dan kutu pada kucing anda. Anda boleh menyembur rumah dengan semburan kutu untuk membunuh kutu yang melekat dan bergayut di dinding atau mana-mana bahagian rumah.

Pastikan anda mencuci dan memriksa semua bilik tidur dengan bersih dan semua almari, peti dan sebagainya dengan teliti.



Untuk Merawat Kucing Anda yang Terkena Kutu:
.
kutu kucing
Machiko (shampoo terbaik utk kutu)

1. Mulanya mandikan kucing anda menggunakan sabun/syampu anti kutu(anti flea bath).

Ada banyak dipasaran dan berbagai jenis.
Gambar disebelah adalah salah satu contoh syampu anti kutu kucing.
Hal ini hendaklah dilakukan dengan memandikan kucing anda didalam tab mandi atau bilik air kecil dengan air yang banyak dan sabun.
Tetapi berhati-hati bahawa sabun dan air tidak boleh terkena mata kucing anda.
Boleh dikatakan 90-95% kucing bencikan air. Inikan pula dimandikan, ini akan menyukarkan anda kerana anda akan di kungfu oleh kucing anda disebabkan kaedah ini.
Tetapi dapat diatasi dengan memandikan kucing anda secara berhati-hati dan lembut. Nantikan huraian Cara Mandian Kucing dibawah tajuk Kucing dan Spa tak lama lagi.
 
2. Ada juga kaedah lain untuk memberikan kucing mandian kering(dry bath).
Dengan kaedah ini anda memerlukan sejenis syampu kucing khas, syampu yang tidak melibatkan penggunaan air.
Anda perlu dapatkan nasihat veterinar atau pakar sebelum menggunakan kaedah ini.
Troy

KUTU KUCING

.
3. Pastikan anda membeli semburan(spray) kutu kucing dan kawalan kutu. Perkara ini perlu untuk mengelakkan kutu kembali semula kepada kucing anda.
Frontline untuk kutu badan dan Troy Ear Canker untuk kutu telinga adalah kegemaran peribadi saya.
4. Dua hari selepas menggunakan semburan Frontline, pastikan anda menyikat kucing anda menggunakan sikat yang betul untuk menanggalkan kutu-kutu yang mati.
Periksa bulu kucing anda setiap beberapa hari untuk memastikan para sang kutu hilang.
Tetapi jika anda melihat masih ada kutu, kuarantin haiwan kesayangan anda, dan mulakan seluruh proses dari mula semula.

Leave a Reply