✔APA ITU “CAT PURR” atau “CAT PURRING”?

✔APA ITU “CAT PURR” atau “CAT PURRING”?

APA ITU “CAT PURR” atau “CAT PURRING”?  (kucing berdengkur)

.
“Cat Purr” kalau kita cuba cari makna atau terjemahan  “CAT PURR” di dalam kamus anda mungkin akan berjumpa maknanya di dalam Bahasa Malaysia iaitu kucing berdengkur.
Ada juga sesetengah kamus memberi terjemahan untuk “PURR” ialah sesuatu bunyi yang dikeluarkan oleh kucing sewaktu dia gembira.
Teman bertanya soalan “apa itu ‘CAT PURR’?” kerana teman tidak dapat satu perkataan yang tetap dan tepat di dalam kamus pada hari ini.
Contoh “yang tetap dan tepat” ialah dalam bahasa malaysia makan dan bahasa inggerisnya pula eat.
Itulah yang beberapa kamus cuba terjemahkan dengan tetap dan tepat iaitu PURR = BERDENGKUR.
 Kita sebagai manusia biasa menterjemahkan berdengkur adalah berkait rapat dengan tidur, sedangkan kucing mengeluarkan bunyi yang dipanggill “Purr” dalam keadaan waktu yang tidak menentu.
Kucing berbunyi purr sewaktu tenang, relaks, bersama tuannya(manusia), sewaktu ibu kucing menyusukan anaknya dan sewaktu kucing gembira.
Jadi sebab itulah ada pula beberapa kamus merujuk Purr kepada bunyi yang dikeluarkan oleh kucing sewaktu gembira.
Mengikut kajian para-para saintis  “Purr” adalah merujuk kepada suatu bunyi yang dikeluarkan oleh semua keluarga spesis kucing.
Purr juga mengikut para saintis ialah sebahagian bunyi yang dikeluarkan untuk berkomunikasi sesama kucing dan manusia.
Kamus yang menterjemahkan purr – “bunyi yang dikeluarkan kucing sewaktu gembira” ada kebenaran di situ, tetapi tidak tepat.
Ini kerana kucing mengeluarkan bunyi purr di dalam banyak keadaan dan situasi yang dialami oleh kucing berkenaan.
Bunyi purr yang dikeluarkan oleh kucing juga terbukti selepas kajian selama 20 tahun yang dijalankan di Pusat Penyelidikan Strok Minnesota merupakan satu terapi kepada manusia.

Leave a Reply