✔SEMBELIT ( constipation )

✔SEMBELIT ( constipation )

atau

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

Sembelit ialah “pengumpulan najis yang luarbiasa” berlaku didalam usus besar yang menyebabkan masalah tidak dapat atau sukar membuang buang air besar, dengan kata lain nya “susah buang air besar atau najis keras“.
Kebanyakkan kucing akan membuang air besar sekali ataupun dua kali sehari. Manakala sebahagian lagi kucing akan membuang air besar dua hari sekali atau tiga hari sekali.
Kucing-kucing inilah lebih cenderung untuk mengalami masalah sembelit. Selain itu sembelit kerap berlaku ketas kucing tua.

.

.
Najis yang tersimpan atau terkumpul lebih dari 24jam didalam usus menyebabkan ia menjadi terlalu kering dan keras.
Ini kerana salah satu tugas usus besar ialah menyerap air yang berlebihan didalam bahan kumuhan(najis).
Apabila kucing anda mengalami sembelit ia akan merasai kesakitan yang sangat sewaktu membuang air besar.
Ini boleh menyebabkan dihujung saluran najis kucing anda akan mengalami luka dan najis akan berserta darah.
Sembelit di dalam istilah perubatan terbahagi kepada dua iaitu sembelit ringan dan sembelit berat. B
agi teman kedua-dua jenis sembelit ini perlu diberi perhatian oleh setiap pemilik kucing.  Kucing akan mengalami sembelit disebabkan banyak perkara, antaranya adalah seperti berikut :-
  1. Kekurangan atau berlebihan kandungan zat fiber didalam makanannya.(kebiasaan yang berlaku apabila kucing sembelit)
  2. Dehidrasi (kurang air dlm badan).
  3. Usus tersumbat.
  4. Usus cedera.
  5. Makanan.
  6. Rasa cemas dan Tekanan(stress).
  7. Tidak menyukai kedudukan kotak atau bekas tempat pembuangan najisnya.(bagi kucing yang cerewet)
  8. Kekurangan jumlah pasir didalam bekas pembuangan najisnya.(bagi kucing yang cerewet)
  9. Najis lama tidak dibuang dari bekas pembuangan najisnya.(bagi kucing yang cerewet)
  10. Obesiti.
  11. Mengalami sakit buah pinggang.
  12. Mengalami penyakit saraf dan otot.
  13. Pengaruh dadah atau ubat-ubatan.
  14. Kurang senaman atau kurang aktif kerana kawasan atau bilik yang sempit.
  15. Hipoitiroidisme(Hypothyroidism)
  16. Mengalami masalah tulang punggung

.

.

Tanda Kucing Mengalami Sembelit

.

  • Meneran dengan kuat dan lama sehingga kucing anda menjerit kesakitan sewaktu kucing anda membuang air besar/najis.
  • Sedikit cirit(najis yang cair) tanpa ada najis yang keras.
  • Membuang air besar diluar kotak najis.
  • Kelesuan(Lethargy).
  • Muntah(Vomiting).
  • Kemurungan(Depression).
  • Hilang selera makan.
  • Penurunan berat badan.

.

“Sekiranya kucing anda mengalami tanda-tanda sembelit yang tidak berkurangan silalah bawa kucing anda ke veterinar untuk menerima rawatan.”

Leave a Reply