✔BATUK ( cough )

✔BATUK ( cough )

Kucing Batuk (Cat Coughing)

 .
 .
Kucing batuk disebabkan banyak perkara, antaranya ialah jangkitan bakteria, gumpalan bulu dan alahan.
Selain itu kucing juga akan batuk sekiranya diserang penyakit.
Batuk merupakan satu tindakan riflek anggota badan sekiranya ada gangguan di saluran nasal pernafasan seekor kucing.
Kucing yang batuk berlarutan akan disusuli dengan demam dan hidung yang berair.
Penyakit yang biasa menyerang kucing yang boleh menyebabkan kucing anda batuk ialah penyakit asma kucing/bronkitis.
Sekiranya kucing anda berterusan batuk sehingga melewati 24jam, nasihat teman segeralah bawa kucing anda ke veterinar yang terdekat.
.
Punca kucing batuk :-
  1. Gumpalan rambut/bulu (Hairballs)
  2. Kesejukan
  3. Selsema
  4. Astma yang kronik
  5. Jangkitan Bakteria di saluran nasal
  6. Alahan
  7. Cacing Jantung/Heartworm (jarang berlaku keatas kucing, simptom sama dengan astma)
  8. Penyakit jantung/jangkitan di jantung
  9. Kanser paru-paru
  10. Parasit/Cacing
 .
.
Mengikut pengalaman, kucing yang batuk tidak secara berlarutan dan tidak berterusan sehingga 24 jam tidaklah perlu dirisaukan, terutama bagi kucing yang berbulu panjang mungkin banyak gumpalan bulu(hairballs) yang boleh menyebabkan kucing anda batuk.
Kiranya masalah ini yang berlaku (hairballs), ianya adalah satu perkara normal kepada kucing anda.

Leave a Reply