✔ Perubahan Sikap Kucing

✔ Perubahan Sikap Kucing

Perubahan Sikap Kucing

(Cat Suddenly Change Behavior)

.

Kucing adalah haiwan yang hidup dengan rutin harian yang sama setiap hari. Ia merupakan haiwan yang selesa dengan perkara yang kebiasaan dilakukannya.
Kucing tidak suka dengan perubahan rutin hariannya dan tidak suka diubah tabiatnya.
Kucing adalah haiwan yang mempunyai karektor dan personaliti yang berlainan diantara satu sama lain terutama yang berlainan baka.
Salah satu contoh; kucing tidak suka “travel” dengan kata lain, ikut tuan nya pergi bercuti atau pulang kekampung.
Kucing tidak suka rumahnya atau keadaan sekeliling tempat tinggalnya berubah dari kebiasaannya.
Melainkan perkara ini sudah diajar atau dididik oleh owner(tuan kucing semenjak dari kecil. Perubahan rutin dan perubahan keatas kebiasaan kucing anda boleh membuatkan kucing anda ‘bad mood’,’tension’,kemurungan,hilang selera makan dan kurang selesa, ini yang dipanggil “Perubahan Perilaku Kucing”.
Dibawah teman sertakan beberapa faktor atau sebab kucing anda mengalami Perubahan Perilaku, diantaranya :-
.
  • Tekanan(Stress)
  • Kesakitan(Pain/Illness)
  • Masalah Gigi(Tooth Problem)
  • Penuaan(Aging)
  • Musim Mengawan(Mating Season)
  • Mengandung(Pregnancy)
  • Hipoitiroidisme(Hypothyroidism)
  • Kurang Pendengaran dan Penglihatan(Loss of Vision or Hearing)
  • Kecederaan(Injuries)
  • Selepas Dikasi/Disunatkan(After Neutering)
.
“Setiap kucing baru yang ingin dibawa masuk kerumah yang sudah sedia ada kucing lain, pastikan anda mengasingkan dulu kucing baru dan kucing lama. Adakan sesi perkenalan sesama mereka dahulu sebelum dilepaskan bersama. Ini untuk mengelakkan dari kucing anda bergaduh dan mengelakkan “stress” kepada kucing lama dan baru. Masalah ini juga boleh mengundang kepada perubahan perilaku kucing anda.”

Leave a Reply