✔ ULSER ( ulcer )

✔ ULSER ( ulcer )

ULSER PADA KUCING 

.

Ulser di mulut kucing berlaku pada semua peringkat umur kucing.

Ulser di mulut kucing selalunya adalah tanda mulut kucing anda dijangkiti kuman atau virus atau petanda kucing anda diserang penyakit didalam mulut kucing.
Penyakit di dalam mulut kucing yang biasa berlaku(common) ialah “Periodontal disease” atau “Tooth Problem“(masalah gigi).
Penyakit Gingivitis Kucing(Feline Gingivitis) juga dikenal sebagai salah satu “Periodontal disease”.
Masalah gigi kucing merujuk kepada masalah gusi bengkak, gusi berdarah dan segala masalah berkaitan gigi dan gusi kucing.
.
 .
Selain itu, masalah Ulser di mulut kucing juga boleh disebabkan masalah Ginjal dan beberapa masalah lain yang jarang-jarang berlaku.
Periodontal disease juga akan menyebabkan kucing anda mengalami masalah penyakit hati, jantung dan buah pinggang.
Kucing yang terkena Periodontal disease akan mengalami :-
.
  • Ulser di mulut – Menyebabkan kucing susah hendak makan
  • Sensitif dengan sentuhan manusia. – Tidak suka dipegang dan dibelai seperti selalu.
  • Kurang upaya untuk makan – Seoalah-olah tidak berselera dengan makanan.
  • Kesakitan dan Ketidakselesaan.
  • Gusi Berdarah,kemerahan dan bengkak.

.

.
Seperti manusia juga, apabila kita terkena ulser dimulut kita akan mengalami susah hendak makan, tidak dapat menikmati kesedapan makanan malahan ia juga membuatkan mulut kita tidak selesa hendak berbual.
Begitu juga kucing apabila ada ulser dimulutnya, mood(perasaan) dan selera makan kucing anda terganggu.
.
.
ULSER PADA KUCING didalam mulut selalunya adalah disebabkan gigi atau mulut yang kotor.
Ini memudahkan untuk bakteria bertapak.
Petuanya yang kita boleh dapat disini ialah pastikan mulut atau gigi kucing anda bersih dan sekiranya kucing anda sedang memgalami ulser di mulut, bawalah ke veterinar untuk memberi rawatan mulut dan gigi pada kucing anda.
Insyaallah selepas menerima rawatan itu ulser dimulut kucing anda akan pulih.

Leave a Reply