✔ TANDA-TANDA KUCING SAKIT ( PART 2 )

✔ TANDA-TANDA KUCING SAKIT ( PART 2 )

TANDA-TANDA KUCING SAKIT ( PART 2 )
.
Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.
.
Minum Air Berlebihan Dari Selalu
.
Kucing yang normal dan mempunyai berat badan sekitar 4.5kg-5kg akan minum lebih kurang 2 1/2 cawan sehari.
Sebelum kita mula mendakwa bahawa kucing kita minum lebih dari selalu, mestilah kita ketahui dulu jumlah harian biasa kucing kita minum.
Jumlah kucing akan minum bergantung juga kepada apa yang kita berikan kucing kita makan.
Secara logik dan praktikal, kucing yang diberi makan makanan kering akan lebih minum dari kucing yang diberi makan basah.
Malahan kucing yang diberi makanan kering sebagai makanan utamanya, kenalah memastikan kucing anda sentiasa dibekalkan dengan air yang tidak berklorin.
Jadi sekiranya kucing anda minum banyak kerana apa yang dimakannya tidaklah perlu anda risau.
Tetapi kiranya kucing anda minum berlebihan dari selalu bukan kerana dari pemakananya maka anda perlu ambil tindakan dengan segera dengan membawa kucing anda ke veterinar yang terdekat.
Kerana kucing akan minum berlebihan kiranya diserang penyakit atau sedang sakit.
Ada banyak jenis penyakit yang akan menyebabkan kucing anda cepat dahaga.
Tapi disini untuk menjadi panduan anda, ada tiga penyakit utama yang menyebabkan kucing anda minum air berlebihan dari selalu iatu :
  1. Thyroid. (Kelenjar Tiroid)
  2. Diabetes. (Kencing Manis)
  3. Kidney Failure. (Sakit Buah Pinggang)
.
.
Kucing mengalami cirit-birit disebabkan banyak perkara.
Cirit birit berlaku keatas kucing dewasa, kucing tua, anak kucing, kucing jantan dan kucing betina.
Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi cirit-birit adalah tanda atau simptom terhadap penyakit tertentu.
Dalam banyak penyebab cirit-birit, ingin teman nyatakan disini 5 sebab utama kenapa kucing cirit birit :-
  1. Terlebih makan – Mengikut pengalaman teman, kebanyakkan kes cirit-birit yang berlaku keatas kucing dewasa dan anak kucing adalah disebabkan terlebih makan. Makanan yang dimakan tidak dapat dihadam dengan sempurna yang menyebabkan cirit-birit.
  2. Produk yang berasaskan susu – Tidak teman nafikan bahawa banyak kucing sukakan rasa susu lembu. Tapi hakikatnya makanan yang berasaskan susu tidak sesuai untuk sistem penghadaman kucing. Sistem penghadaman kucing tidak dapat memproses gula(laktosa) yang terdapat dalam susu lembu.
  3. Makanan yang tidak sesuai – Contohnya ada sesetengah kucing yang tidak sesuai makan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang. Kadangkala menukar jenis makanan secara mendadak pun membuatkan sistem penghadaman kucing anda terkejut dengan perubahan yang berlaku.
  4. Keracunan – Makanan yang diberi telah rosak ataupun sudah terdedah terlalu lama.
  5. Cacing – Kucing dilahirkan dengan semulajadi terdapat cacing parasit di dalam perutnya. Kucing dewasa yang dibiarkan merayau diluar rumah juga terdedah pada masalah ini. Teman nasihatkan kepada peminat dan pecinta kucing untuk dapat ubat cacing anda sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan adalah lebih baik kiranya diberi setiap bulan.
Sentiasalah beri kucing anda makanan yang terbaik dan air yang tidak berklorin supaya kucing anda mempunyai kesihatan yang baik dan dapat menikmati kehidupan dengan lebih panjang“.

Leave a Reply