✔ MUNTAH ( vomit )

✔ MUNTAH ( vomit )

KUCING MUNTAH

 ,
Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.
Muntah 
.
Padapendapat saya kucing muntah adalah merbahaya kepada diri kucing itu sendiri.
Muntah yang kerap dan berterusan sangat bahaya kepada kucing anda kerana ini boleh membawa maut.
Kucing akan muntah untuk mengeluarkan apa jua benda yang tersekat di tekaknya.
Jika ini berlaku pada kucing anda tidaklah perlu risau melainkan benda atau objek atau gumpalan bulu yang tersangkut itu tidak dapat dikeluarkan. Segeralah ke klinik sekiranya ini berlaku.

.

.

Selain dari memuntahkan gumpalan bulu(hairball) selalunya kucing anda akan muntah disebabkan apa yang dimakan oleh kucing anda.

Kucing akan muntah disebabkan 9 perkara:

.

  1. Gumpalan bulu. (Hairball) 
  2. Makan terlalu cepat/gopoh.
  3. Makan benda yang tidak boleh dihadam.
  4. Kerapkali menukar diet/jenis makannannya.
  5. Alergic makanan atau bahan-bahan di dalam makanan.
  6. Infeksi/ Jangkitan penyakit
  7. Parasit/Kutu
  8. Racun
  9. Sebab-sebab lain. – ada beberapa perkara lain yang menyebabkan kucing anda muntah seperti sembelit dan lain-lain penyakit. Ini akan dihuraikan lagi di dalam Penyakit-Penyakit Kucing.

    .

“Pastikan kucing anda tidak diberi makan sekiranya ingin membawanya berjalan jauh (travel). Kerana kucing akan muntah di dalam kereta anda sekiranya diberi makan sejurus sebelum anda ingin memulakan perjalanan jauh. Ini dipanggil “Motion Sickness”. Perlu diingatkan bahawa kucing sebenarnya amat tidak suka “travel” dengan kata lain, ikut tuannya pergi bercuti atau pulang ke kampung. Kucing tidak suka rumahnya atau keadaan sekeliling tempat tinggalnya berubah dari kebiasaannya. Melainkan perkara ini sudah diajar atau dididik oleh owner(tuan kucing semenjak dari kecil).”

Leave a Reply