✔BERSIN (SNEEZE)

✔BERSIN (SNEEZE)

KUCING BERSIN (CAT SNEEZE)

.

Kunjungi KEDAI BARANGAN KUCING ONLINE kami di :
.
1) SHOPEE
https://shopee.com.my/syakirman
***pembelian rm35 ke atas dari kedai kami PERCUMA POS
***untuk pengguna baru shopee gunakan code SYAKI874 untuk dapatkan diskaun rm7
.
2) LAZADA
https://www.lazada.com.my/shop/jmaster-store/
.

Dapatkan UBAT BERSIN KUCING dirumus khas untuk kucing di kedai online kami :

.
https://shopee.com.my/UBAT-DEMAM-SELSEMA-BATUK-untuk-kucing-MAXHICO-i.34104612.1699724055

.
Bersin bagi kucing adalah merupakan satu perbuatan yang diluar kawalan diri kucing itu sendiri, sama seperti manusia.
Ianya disebabkan tindakan riflek otot atau rongga-rongga tertentu terhadap sesuatu bahan yang melalui saluran pernafasan.
Bersin merupakan perkara biasa kepada kucing, tidak semestinya kucing bersin ada penyakit.
Kucing Bersin disebabkan banyak perkara dan faktor.
Susah untuk kita tentukan penyebab khusus dan penyebab utama kepada masalah Kucing Bersin ini.
Kucing Bersin bukanlah petanda khusus kucing anda diserang penyakit, namun bersin yang berterusan keatas kucing anda perlulah dirisaukan dan segera dibawa ke vet untuk dikenalpasti penyebabnya.
Satu perkara yang anda perlu ambil berat ialah “berapa kali kekerapan kucing anda bersin?”.
Sekiranya ianya sekali-sekala itu menunjukkan satu perkara normal namun jika sebaliknya yang berlaku maka segeralah ke vet yang terdekat.
Kucing yang berhidung penyet seperti ‘persian cat’ lebih mudah bersin. Hari ini teman cuba menyenaraikan beberapa sebab atau faktor kenapa kucing bersin, antaranya :-
  • Alahan-Tindakbalas badan kucing terhadap alahan.(Allergic Reactions)
  • Jangkitan bakteria,kuman atau virus di saluran pernafasan kucing.(Respiratory Infections).
  • Sesuatu Bahan tersumbat di laluan nasal kucing atau saluran pernafasannya.
  • Kegatalan atau gangguan di saluran pernafasan kucing.- cth: asap rokok,debu,habuk dan bau wangian manusia.
  • Masalah Gigi dan Gusi.
  • Ketumbuhan dilaluan nasal kucing(Tumor/Cancer).
  • Jangkitan Fungus.( fungus mudah tersebar di tempat yang lembab)
  • Pasir Najis.
.
“Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk duduk bersama sambil membelai dan memeriksa kesihatan dan kebersihan kucing anda. Pastikan mata, telinga dan hidung dibersihkan setiap hari. Dari pengalaman teman selalunya dan kebiasaannya kucing anda kerap bersin adalah kerana alahan dan gangguan kegatalan dilaluan nasal kucing anda. Cuba hindarkan semua agen alahan dan kotoran dari debu dan habuk serta jauhkan kucing anda dari asap rokok. Persekitaran yang bersih, cara hidup yang sihat boleh menjamin keselamatan kucing anda dan anda sekeluarga. Rumah bersih, kucing sihat, keluarga sihat dan hidup akan bahagia. “

Leave a Reply