✔ FAKTA tentang KUCING

✔ FAKTA tentang KUCING

FAKTA tentang KUCING

 

Kucing salah satu haiwan peliharaan yang paling banyak dipelihara oleh manusia, tetapi sayangnya sebahagian pemelihara kucing tiada ilmu tentang kucing. Berikut adalah fakta tentang kucing:

→Kucing mempunyai 30 ruas tulang belakang, iaitu 5 kali lebih banyak dari manusia
→Kucing mempunyai 230 tulang, iaitu 24 kali lebih banyak dari manusia
Kucing tidak mempunyai collarbone, sehingga membolehkan masuk melalui celah selebar kepalanya
→Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan
→Pendengaran kucing lebih sensitif daripada manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia 20 khz
→Kucing mempunyai mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh)
→Kucing tidak dapat melihat pada tempat gelap, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing mempunyai lapisan pantulan cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang masuk retina.
→Liputan pandangan kucing 185 darjah
→Kucing mempunyai deria bau 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta (deria bau yang tajam)
→Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per minit (jika anda ingin mengukur denyut nadi lakukan di paha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)
→Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per minit
→Suhu badan kucing normal 102 ° F atau 38.8 ° C
→Kucing kampung dapat lari dengan kelajuan 31 batu per jam
→Kucing mempunyai sistem saraf yang sangat sensitif.
→Kucing boleh melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.
→Setiap kucing mempunyai cap hidung(manusia cap jari)  yang sangat khas, sehingga tidak akan penah ada dua kucing yang mempunyai cap hidung yang sama
→Kucing bertindak balas terhadap panggilan betina lebih baik dari pada jantan, mungkin kerana suara betina mempunyai puncak yang lebih tinggi
→manusia yang alergik terhadap kucing pada umumnya alergik terhadap air liur kucing
→Telah dibuktikan secara ilmiah bahawa bunyi kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita.
→umur purata  kucing antara 15-16 tahun.
→Untuk menentukan kesamarataan umur kucing dengan umur orang, mulakan dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh: Jika kucing anda berumur 4 tahun bermakna umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun, iaitu setara dengan umur 32 tahun pada orang.
→Kucing mempunyai deria bau yang sangat baik. Ini adalah sebab mengapa kucing tidak akan menggunakan kotak sampah kotor. Dan mereka juga mempunyai pendengaran yang bagus.
→Kucing benci bau minyak wangi. Mereka juga membenci aroma oren dan lemon.
→Kucing menganggap kawasan yang mempunyai bau ammonia sebagai kawasan pembuangan najis. Jadi, tidak digalakkan untuk menggunakan ammonia untuk membersihkan bau air kencing kucing.
→Seekor kucing boleh membaca hati anda(marah,suka dan sebagainya), dan kadang-kadang ia akan memberi kesan kepada kucing anda.
→Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilat rambut mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersihan yang kuat. tapi boleh mencetuskan alergik pada manusia.

→Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perutnya.
→Kucing dapat menyimpan tenaga dengan cara tidur lebih kerap berbanding haiwan lain. Lama tidur kucing berbeza-beza antara 12 – 16 jam per hari, dengan angka rata-rata 13 – 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.
→Pintu khas kucing (cat flap) yang biasa terdapat pada pintu rumah, ditemui pertama kali oleh Sir Isaac Newton

.
→Ekor kucing digunakan untuk menjaga keseimbangaan, terutama ketika sedang melompat atau berlari.
→Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan rambut yang ditelan dan terkumpul di lambung.
→Kucing yang sihat mempunyai suhu badan 38 ° C – 39.5 ° C.
→Kucing betina on heat(miang) ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan.
→Rata-rata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor.
→Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahawa kucing dalam keadaan selesa. Kucing juga akan melakukan perkara yang sama dan lebih keras pada saat dalam keadaan stres atau kesakitan
→Semua kucing memerlukan taurine dalam makanan untuk mencegah kebutaan.

→Kucing juga harus mengambil sejumlah lemak dalam makanan kerana tidak dapat menghasilkan lemak sendiri.
→Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sedang  menandai anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya.

→kebanyakan umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup didalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama

→ waktu tidur kucing sekitar 16 jam

→Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebut polidaktil.

→Kucing dewasa mempunyai 30 buah gigi, 16 buah di rahang atas dan 14 buah di rahang bawah.

→Ada sekitar 9600 helai rambut tiap cm2 kulit bhg atas dan sekitar 19200 helai rambut tiap cm2 kulit bagian bawah.

→Lidah kucing tidak dapat merasa kerana kurangnya deeia rasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 , sedangkan kucing hanya mempunyai 473 buah. Nafsu makan kucing terutama dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan

→Kucing paling menyukai makanan yang mempunyai perisa masin yang tinggi. Makanan yang baik secara logiknya memerlukan kos yang sedikit tinggi, bak kata pepatah “ada rupa ada harga”.

Sila lah rujuk dengan veterinar atau pakar untuk mengetahui lebih jelas jenis makanan yang paling sesuai bagi kucing anda.

 

Leave a Reply